Friday, January 9, 2009

Minggu pertama

Minggu ni adalah minggu pertama kami bersekolah. Gementar betul. Banyak benda yang baru terjadi. Adik perempuan aku jadi pengawas. Lagi hebat daripada aku. Aku jadi pengawas pada tahun lepas (2008-darjah 5). Adik aku pulak pada tahun ni (2009-darjah 6). Kiranya dia lebih hebat daripada aku. Malunye aku. Fawwaz pulak dah masuk tadika dah. Comel betul dia masa tengok gambar dia pakai uniform sekolah tadika dia. Teringin nak ikut hantar dia ke tadika. Tapi sayang..... Dia belajar di sana pada hari Ahad hingga Khamis. Sama dengan kami. Di sekolah pulak kami tukar tempat untuk kami sembahyang. Dari surau ke *masjid SRIDA (*rasanye la). Masjid tu belum siap lagi. Cuma tinggal bahagian belakang dan tingkat atas sahaja. Tingkap pun belum pasang lagi. Jadi ketika kami (pelajar asrama) sedang sembahyang Maghrib atau Isyak nyamuk pun datang. NNgggeeenggg.......... Srupppp......... ADUH!!!!!! PAAPPP!!!! Di rumah pulak aku pergi tuisyen. Kelas tuisyen tu dekat je dengan rumah. Seminit dah sampai dah. Abah hantar aku pergi tuisyen di sana sebab guru di sekolah belum adakan tuisyen lagi. Bila dah ada nanti abah hantar la aku tuisyen di sana.

Saturday, January 3, 2009

Berhenti Untuk Sementara Waktu

Mulai hari ini, aku berhenti buat blog untuk sementara waktu. Sebab nanti mengganggu orang belajar. Biasalah...... Aku kan nak UPSR tahun ni. Bukan UPSR saja. ujian percubaan pun sama. Penting tahun ni. Aku akan belajar bersungguh-sungguh. Insyaallah.

Friday, January 2, 2009

Israel Kejam!

Hari ni aku, abang Khairul, abah, dan ibu pergi sembahyang Jumaat di Masjid Al-Muttaqin sebab selepas sembahyang Jumaat ada Himpunan Ummah. Aku berasa kesian betul kepada orang-orang di Palestin. Kena bom la, lebih-lebih lagi mereka menutup sempadan Gaza dan menghalang sebarang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih, dan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan. Kejam betul Israel ni!


Ada juga tindakan yang kita dapat lakukan. Antaranya adalah:
  • Mengadakan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan umat Islam Palestin yang teraniaya dan dizalimi serta memenangkan saudara-saudara kita dalam pertembungan dengan kuffar Israel.
  • Menghulurkan derma dan bersama menjayakan kutipan tabung Palestin.
  • Setiap masjid mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
  • Memboikot barangan Amerika dan Israel dan mereka yang bersekongkol dengan Israel.

Ahli keluarga orang Palestin yang berucap di bawah ini telah mati syahid. Mari bacakan surah Al-Fatihah kepada ahli keluarganya agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Masa Himpunan Ummah aku terjumpa dengan kawan aku iaitu Al-Fatih, Irfan, Imran, Amirul dan Helmi. Aku jumpa Helmi di tingkat bawah masjid. Manakala Al-Fatih, Irfan, dan Amirul aku jumpa di tingkat atas masjid. Lepas tu aku turun.


Ibu ambil gambar aku di tepi orang Palestin tapi aku tak tau yang dia tak perasan ataupun tak kisah kepada aku.Sebelum aku nak masuk dalam kereta, aku dengan abang Khairul pergi ambil gambar dengan orang Palestin. Sekali dengan bendera. Aku rasa segan sikit. Eh, bukan sikit. Tetapi aku rasa tersangat-sangat segan.




Esok kami semua akan balik ke asrama. Abang Khairul akan ke Kelantan besok. Abah yang hantarkan. Kami pulak ibu yang hantarkan. Good bye abang Khairul. Belajar rajin-rajin termasuk diri aku sendiri.

Thursday, January 1, 2009

Membuat Persediaan Untuk Ke Sekolah

Hari ni aku, adik aku, dengan abah pergi ke Sekolah Rendah Islam Darul Aman (SRIDA), iaitu sekolah kami berdua. Rindu jugak tempat ni. Biasa la, tempat aku belajar. Aku tengok surau pun dah nak siap dah. Kami pergi ke sana sebab nak beli buku untuk tahun depan dan daftar nama untuk duduk di asrama pada tahun depan. Sir dah daftar nama aku untuk duduk di asrama tapi Sir terlupa nak daftar nama adik aku. Dapat jugak adik aku duduk di asrama. Masa dia daftar nama cuma tinggal 3 ruang kosong saja. Fuh. Nasib baik. Lepas tu kami pergi makan roti canai di sebuah kedai berdekatan dengan sekolah kami. Fulamak, betul-betul haliyau.

Lepas tu kami pergi ke Maktab Mahmud Alor Setar sebab abah nak buat permohonan untuk Kak Najah Masuk asrama dalam. Kami pergi ke sana sekejap saja. Duduk atas kerusi, bangun, lepas tu masuk dalam kereta lalu pergi. Aku tertidur dalam kereta.

Bila aku bangun kami dah sampai di Tesco. Kami beli tersesat di sana sebab nak cari tandas. Masa dah jumpa tandas kami bertiga terus masuk. Masa aku keluar dari tandas abah dengan Icah dah tunggu aku di atas kerusi. Lepas tu kami pergi beli barang. Kami beli fail dan jam tangan. Lagi sekali aku tertidur dalam kereta.

Kali ni aku terbangun di kedai pulak. Kami beli kiwi dan beg. Masa tu aku jumpa abah Wani dengan anaknya. Dulu abah Wani sekeluarga pernah mengasuh aku dengan adik aku masa kami tadika. Mereka ialah keluarga kedua yang mengasuh kami berdua. Mereka ingin beli peralatan untuk sekolah.

Lepas tu kami pergi bayar bil elektrik, air, telefon, dan cukai pintu. Lepas habis bayar kami kami pergi ambil name-tack ibu di kedai. Lepas tu kami pulang ke rumah.

Monday, December 29, 2008

Awal Muharram

Pada hari ni, Isnin, 29 Disember 2009, bersamaan 1 Muharram AH, kami sekeluarga berpuasa sunat kecuali Fawwaz. Pagi ni kami bangun awal iaitu pada pukul 5.00 a.m. Sebab kami nak bersahur. Huarghhh...... Mengantuk betul kami masa tu. Macam dalam cerita 'Upin & Ipin' pulak. Kami makan nasi dan telur separuh masak dan minum air milo panas.

Lepas habis bersahur aku dengan abang aku sambung tidur. Kami cuma tidur 5 minit saja. Kami ikut abah pergi sembahyang subuh di surau. Jarang jugak kami ikut abah pergi sembahyang subuh. Maklumlah..... Orang tengah tidur. Jadi tak nak la ganggu orang yang tengah tidur kan. Betul tak?

Ibu dengan abah pergi beli barang keperluan kami untuk sekolah pada pukul 10.30 a.m. Kami semua ada buat list. Nanti kalau terlupa barang yang nak dibeli, tengok la list tu. Fawwaz tak boleh ikut. Jadi dia menangislah di rumah. Hai........ Susah betul nak jaga Fawwaz ni. Ni baru menangis. Macam mana kalau dia menjerit sekali? Habis. Boleh pekak telinga kami ni. Aduh........

Dari tengah hari sampai la ke petang aku cuma layan internet saja. Tapi aku tak bermaksud yang aku tak sembahyang zuhur. Mestilah sembahyang. Sembahyang 5 waktu hukumnya wajib. Kalau tertinggal satu pun dah berdosa besar tau. Jangan main-main dan Jangan pandang ringan tau.

Pada pukul 4.00 p.m. abah dengan ibu balik. Banyak barang yang dibeli. Tapi ada sesetengah barang yang tak dibeli lagi. Nanti-nanti la beli macam malam ni ke, esok ke, lusa ke, dan seterusnya. Fawwaz pulak lain cerita. Dia sambung menangis pulak masa ibu dengan abah balik. Sama pulak macam di Terengganu (Sila rujuk pada catatan yang bertajuk 'Kelantan Dan Terengganu'). Kami bahagikan barang-barang yang dibeli oleh ibu dengan abah mengikut senarai yang ditulis di list. Ibu ada jugak beli barang untuk Fawwaz seperti mainan dan puting botol susu. Seronok la Fawwaz.

Burrkkk...... Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah. Akhirnya kami buka puasa juga. Setelah sehari aku menahan diri dari makan dan dan minum termasuk masa Fawwaz tengah makan di depan aku, tapi aku dapat bertahan. Sekaranglah masanya untuk makan. Aduh! Tiba-tiba aku rasa sakit perut. Jadi aku sembahyang maghrib dengan abah dulu.

Wednesday, December 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Hari Khamis

Kami bertolak ke rumah Tok pada hari Khamis petang. Kami singgah di rumah Pakteh di Perak sebentar. Lepas maghrib kami sambung perjalanan ke rumah Tok. Di dalam perjalanan ke sana kami jumpa dengan Makteh sekeluarga sebentar. Zul tiada masa tu. Dia berada di rumahnya. Kami tiba di sana pada pukul 2 pagi. Huaargghhh........ Mengantuk betul masa tu. Kami terus masuk tidur.

Hari Jumaat

Esok pagi seperti biasa la. Ambil wudhuk, terus sembahyang subuh. Bosan jugak masa tu. Pada waktu petang kami bertolak ke Pantai Indah Resort. Kakak Faridah ikut kami sekali. Kami sekeluarga akan menginap di sini. Kami tempah 3 bilik. Bukan saja kami tapi keluarga Paklong, Makteh, Pak Ngah, Cik Erie, dan ramai lagi yang menginap di sini termasuk Tok.

Selepas kami tiba di sana kami angkat barang kami ke bilik yang kami akan menginap. Nasib baik di sana disediakan lif. Kalau tak dah baring atas katil sehingga pagi besok. Lepas tu kami terus pergi enjoy di kolam yang telah disediakan. Aku lambat turun sebab aku tengah sibuk baca buku Mastika. Dalam betul kolam tu sampai ke dada aku. Abang aku dengan Radhi buli Fadhil masa tu. Macam tarik kaki dia. Kesian betul Fadhil. Kami main 'tembak-menembak' dengan Fawwaz jugak. Lepas kami habis mandi, kami mandi di bilik yang disediakan untuk lelaki.

Pada waktu malam, keluarga Paklong, Pak Ngah dan ramai lagi tiba. Seronok betul. Tiba-tiba, Icah dengan Aida beritahu yang Fawwaz dengan Naki hilang. Tapi sebenarnya mereka ikut ibu, abah, Cik Erie, dan Encik Nizam pergi jemput Tok di rumah Tok. Potong stim betul la. Buat orang risau saja. Hish. Terajang kang baru tau.


Hari Sabtu

Esok pagi kami sembahyang subuh secara berjema'ah. Lepas tu aku baring atas sofa. Rehat-rehat sikit sehingga tiba masana untuk mandi kolam. Sekali lagi aku kena tinggal. Wuuaaaa......
Kami mandi pakai baju kelmarin.

Masa di kolam kami main macam-macam 'acara'. Abang aku, Fawzan, Anas, Abang Wah, Radhi, Fadhil, Fikri, dan Farhan main 'kereta kebal'. Abang aku dengan Fawzan yang selalu menang. Lepas tu main 'lumba lari' pulak. Acara terakhir yang kami main adalah 'kejar-mengejar'. Tapi yang kami main ada 2 orang jadi. Susah betul. Walaupun kami lambat untuk mengejar orang lain tapi aku ada 'bas ekspress' iaitu Abang Wah. Lagipun Abang Wah tak main pun.

Pada waktu tengah hari kami bertolak ke rumah Paklong. Kami tonton 'wayang' dengan menggunakan komputer Paklong. Cerita yang kami tonton adalah cerita 'Scary Stories 4', 'Super Hiroes Movie', dan 'Wall-E'. Lama betul kami tonton. Ada yang menakutkan, kelakar, dan mencabar.

Malam tu kami pergi hantar abah ke stesen bas sebab abah ada kerja esok di rumah. Malam tu aku dengan abang aku tidur di rumah Cik Erie. Jadi masa kami pergi ke rumah Cik Erie untk ambil tiket bas abah, aku dengan abang aku tinggal di sana saja. Masa tu Fadhil dengan Kateh dah tidur. Radhi pulak sedang tonton cerita 'I Still Know What You Did Last Summer'. Menyeramkan. Lepas tu kami tonton cerita 'Small Soldiers'. Masa tu Kateh dah terbangun dari tidur. Seronok betul cerita tu. Lepas habis cerita tu, kami terus tidur.

Hari Ahad

Lepas habis sembahyang subuh aku rehat-rehat sikit. Pada waktu pagi Encik Nizam, Cik Erie, dan Naki pergi kenduri. Lepas tu Pakndak dengan Farhan datang ke rumah Cik Erie pulak. Lepas tu Pakndak tidur. Radhi, Fadhil, dan Farhan pulak khushuk bersembang. Lepas tu Encik Nizam, Cik Erie, dan Naki pun pulang. Pada waktu tengah hari Encik Nizam hantar aku dengan abang aku ke rumah Paklong sebab Kami sekeluarga akan pergi ke rumah Mak Lang . Kakak Faridah ikut jugak.

Masuk saja ke dalam rumah Mak Lang aku terus sambung tidur di rumah Mak Lang. Mengantuk betul aku masa tu. Ibu kejut aku suruh sembahyang. Lepas tu kami pergi rumah Abang Pa. Pak Lang dengan Mak Lang ikut jugak. Masa nak pergi tu aku sambung tidur balik.

Kami sampai di rumah Abang Pa pada waktu malam. Kalau tak aku nak sambung tidur aku lagi tapi kakak aku suruh jangan tidur. Lepas tu aku sembahyang. Lepas tu aku dengan abang aku main ninja-ninja dengan Fawwaz. Lepas tu kami semua makan malam di sana. Lebih kurang pukul 10.00 p.m. kami bertolak ke rumah Mak Lang kami akan tidur di sana.

Masa sampai di rumah Mak Lang, Fawwaz mula menangis sebab dia nak tidur di rumah Ibu. Kan rumah Ibu jauh di Kedah. Apalah Fawwaz ni. Aku dengan abang aku tidur di luar manakala ibu, Icah, Kak Najah, Fawwaz, dan Kak Faridah tidur di dalam bilik.

Hari Isnin

Pagi tu kami pergi ke rumak Pak Ngah sebentar. Ibu, Mak Lang, Pak Ngah, dan Mak Ngah sembang-sembang sikit. Lepas tu kami pergi ke rumah Tok. Petang tu aku buat kerja sekoah yang Sir Syamsul bagi. Malam tu aku sembahyang di surau.

Hari Selasa

Hari ni Kak Wa datang ke rumah Tok. Pada waktu tengah hari bertolak ke rumah Pak Tam. Icah dengan Pak Lang naik kereta Kak Wa. Yang lain naik kereta Unser.

Masa dah nak sampai di rumah Pak Tam kami tersesat pulak di sana sebab ibu kata dulu Pak Tam bawak ibu pergi jalan-jalan. Jadi ibu lupa mana satu rumah Paklong. Di rumah Pak Tam ada internet tapi aku tak nak buat blog masa tu sebab aku tak biasa buat blog di rumah orang lain. Kami tidur di rumah Pak Tam malam tu.

Hari Rabu

Pada pukul 11.00 a.m. kami pergi ke rumah Pak Cik Faisal. Rumahnya dekat je dengan rumah Pak Tam. Cuma memakan masa 45 minit saja untuk pergi ke rumahnya. Adik aku dengan kakak aku tonton Astro. Amirul, Faisal dengan abang aku pulak main bola. Aku pun main jugak. Aku jadi keeper. Kami bertolak ke rumah pada pukul 2.00 p.m.

Masa dah sampai di rumah ibu suruh abang aku beli vitagen 2 set. Masa tunggu abang aku beli vitagen kakak aku dengan Icah jaga Fawwaz main. Lama betul. Masa sampai di rumah, abah tak balik dari kerja lagi. Aku dengan abang aku jaga Fawwaz main di taman permainan. Lepas tu kami angkat barang masuk ke dalam rumah.

Wednesday, December 17, 2008

Kelantan Dan Terengganu

KELANTAN


Hari Isnin yang lepas kami bangun awal untuk bertolak ke Kelantan. Kami menginap di P.C.B Resort. Lama juga kami tak pergi di sana. Kalau tak kami nak pergi shopping di Pasar Siti Khadijah sebelum pergi ke P.C.B Resort, tapi hujan pulak. Jadi kami semua pergi terus ke P.C.B Resort untuk tempah sebuah chalet. Lepas tu kami pergi ke sebuah kedai makan di tepi pantai. Pada malam tu kami pergi jalan-jalan di tepi pantai. Ombaknya punya la kuat. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan masa hari kiamat nanti

Esok pagi kami pergi jalan-jalan di tepi pantai sekali lagi. Aku mengambil peluang untuk mengutip cengkerang. Ombak masih lagi kuat macam malam tadi. Tak dapat la kami mandi laut hari ni. Tapi kami cuma duduk atas batu. Bagi kena air laut sikit-sikit. Lepas tu kami pergi mandi kolam. Seronok betul. Kali ni ibu dengan abah tak turun ke dalam kolam. Abang dengan adik aku berlatih berenang. Aku pulak sibuk basuh cengkerang yang aku kutip di tepi pantai tadi. Tapi mandi jugak la. Takkan basuh cengkerang saja kot.

Lepas habis mandi di kolam kami pergi mandi di chalet pulak. Lepas habis mandi kami kemas semua barang sebab kami nak sambung perjalanan ke Terengganu. Sebelum bertolak kami sempat pergi shopping di Pasar Siti Khadijah. Kami beli barang sebagai kenangan. Aku dengan abang aku dapat jersi bola sepak. Aku dapat jersi bola sepak Chelsea.

TERENGGANU

Kali ni kami menginap di Chalet Aneez pulak, berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Senang la kami nak pergi hantar abah ke sana sebab abah ada interview esok. Kami pergi ke tepi pantai sekejap. Ombaknya kurang kuat dari ombak di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Kami buat macam-macam aktiviti. Tapi aku rasa tak berapa seronok sangat pun.



Keesokan hari, kami semua hantar abah ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Masa abah keluar dari kereta Fawwaz pulak mula menangis sebab nak ikut abah. Lepas tak nampak kelibat abah, kami pergi merayau-rayau di sana sekejap.

Lama jugak kami tunggu abah telefon ibu di chalet. Pada pukul 11.30 a.m. , kami pergi ke UMT untuk menjemput abah pulang. Masa sampai di depan pagar, Fawwaz sambung menangis balik. Pelik bin ajaib. Lepas tu kami bertolak pulang ke rumah.

BERTOLAK KE RUMAH

Masa bertolak ke rumah la yang paling aku benci sebab kami kena lalu di banjaran. Pening kepala aku dibuatnya. Jadi aku tidurlah sebab takut nanti nak termuntah pulak. Macam dulu masa nak hantar Abang Khairul ke sekolah. Aku termuntah di dalam kereta Pesona.Masa aku terbangun dari tidur kami berada di kedai. Abah dengan ibu nak beli buah-buahan.

Masa di dalam perjalanan pulang kami berjumpa dengan pakcik sekeluarga sekejap. Masa tu aku dengan kakak aku tengah pening kepala. Seronok la Fawwaz sebab dapat berjumpa dengan Ikhwan. Fawwaz memang rapat dengan Ikhwan dan Naki sejak dulu lagi. Amirul dengan Faisal tak ikut Pakcik pergi ke Kuala Terengganu. Masa nak sambung bertolak pulang aku sambung tidur sebab pening kepala sehingga sampai di rumah.