Malam ni kami pergi makan malam di RFC. Berselera betul. First, kami pergi ke sebuah masjid untuk solat maghrib. Lepas tu, kami pergi ke RFC. Ini adalah kali pertama aku masuk dalam RFC. Kami pesan ayam, nasi, Radix kola, teh, dan macam-macam lagi. Tersaaaaaaaaaaangat meriah. Yang aku syok, masa aku nak guna pencuci tangan. Aku tunduk nak tengok pencuci tangan tu. Tiba-tiba automatic hand dryer diaktifkan. Terkejut aku. Ahhhh... Sudahlah! Pendekkan ceritalah. Malas nak taip banyak-banyak. Sebelum nak balik, kami tempah ais-krim. Lepas tu kami terjumpa Sir Syamsul, guru yang mengajar aku dalam pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Terkejut beruk aku. Kemudian, kami semua balik.
Wednesday, June 10, 2009
Alaaaaa.......
Alaaaaaa..........Hari ini aku kena pergi tuisyen. Aku tak tahulah apa yang akan mereka (keluarga aku dan Radhy) lakukan. Rasa tak sabar nak balik dari sekolah pada pukul 1.35 p.m.
Tuesday, June 9, 2009
Orang Yang Tinggi
Ketam
Untuk minum petang, kami makan nasi berlauk ketam. Emmmm......Sedapnya. Siapa yang masak? Siapa lagi. Tentulah chef wanita yang paling best in the universe iaitu ibuku! Tepuk tangan sikit. Tepuk tangan sikit. Terima kasih. Terima kasih. Ingat nak masukkan gambar ketam yang dimasak oleh ibu tapi dah habis(ibu yang kata). Jadi, saya masukkanlah gambar ketam ni:

He.He.He.
As Busy As A Bee
Hari ini kami mengemas rumah sebab keluarga Radhi akan datang ke rumah kami. Eeee.........Seronoknyaaaa.......... Aku kemas bilik kami(aku dan Abang Khairul) sebab banyak sangat barang di dalamnya. Bersepah! Contohnya komik, layang-layang, beg, dan lain-lain lagi. Kedua-dua adik aku pula mengemas bilik Nasriyah. Bersama. Macam wonderpet la pulak. Apa yang penting? Kerjasama! Ha.Ha.Ha. Kakak aku pulak vacuum sekeliling rumah. Hai........ Sibuknya. Pentingkan kebersihan!
Sabda Rasulullah S.A.W:
- Kebersihan itu separuh daripada iman.
Monday, June 8, 2009
Sepupu
Aku dapat satu maklumat daripada adik perempuan aku bahawa keluarga Radhi mungkin akan datang ke rumah kami esok. Hai, adik aku macam dah jadi spy aku je. Semua maklumat dia dapat. Aku harap mereka akan datang ke rumah aku. Lama dah keluarga sepupu tidak datang ke rumah kami. Rasa sunyi la pulak. Tanpa sepupu, aku rasa sangaaaaaattttt bosan.
Tuesday, June 2, 2009
Khemah Ibadat & Kem Kecemerlangan UPSR
Pada hari Jumaat yang lepas, Ibu hantarkan aku ke sekolah kerana pihak sekolah menganjurkan sebuah program. Pelajar-pelajar tahun 6 yang terlibat & mereka diwajibkan menyertainya. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memberikan tips-tips untuk menjawab kertas-kertas soalan UPSR. Di samping itu, pelbagai jenis aktiviti yang menarik dijalankan rekrasi Matematik, Komunikasi Bahasa Inggeris, dan lain-lain lagi. Ramai murid mendapat mendapat hadiah. Alhamdulillah...Aku juga ialah salah satu daripada orang yang mendapat hadiah. Dapat saja banyak hadiah tapi cuma 2 jenis sahaja. Iaitu:
4 kotak Koko Krunch(kecil):a)menjawab satu jawapan berdasarkan jadual yang diberikan(Sains)
4 kotak Koko Krunch(kecil):a)menjawab satu jawapan berdasarkan jadual yang diberikan(Sains)
:b)meneka jumlah adik-beradik Cikgu Khairiah.
2 paket keropok :a)menyebut jumlah nombor ratus juta di dalam Bahasa Inggeris.
:b)menyelesaikan soalan yang diberikan dengan betul(Matematik)
Namun, kita haruslah bersyukur kerana mendapat rezeki daripad Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Subscribe to:
Comments (Atom)
