Sunday, June 21, 2009

Terengganu Darul Iman

Hari ini aku dengan Nasriyah ponteng sekolah sebab ibu & abah tak sempat hantarkan kami ke sekolah. Ini adalah kali pertama aku ponteng sekolah pada tahun ini. Jadi, aku ambil kesempatan untuk buat catatan yang baru. Kami semua bertolak ke Terengganu pada pukul 4.30 pagi. Tapi, kalau nak ikut jadual yang telah dirancangkan, sepatutnya kami bertolak pada pukul 3.00 petang. Kami melaksanakan solat Subuh di sebuah masjid. Lupa dah nama masjid tu. Lepas tu, aku sambung tidur.

Yang aku tak tahan ialah ketika melalui banjaran. Itulah jalan yang paling aku benci yang pernah aku lalui dan jalan tersebut menyebabkan aku pening kepala dan termuntah. Uhhh....I hate this thing. Macam mana la aku nak tempuhi perkara ini bila kami berpindah ke Terengganu nanti.

Kami tiba di Chalet Aneez kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.45 petang. Kami semua makan tengah hari. Kemudian, aku dengan abah pergi ke sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Lepas habis sembahyang Jumaat, aku sembahyang jam'a Asar. Lepas tu, kami balik ke chalet. Sebenarnya, aku malas nak taip ni. Sebelum kami tiba di Terengganu, kami berhenti di stesen minyak sebab abah nak terkencing. Aku keluar sebab nak ambil gambar burung yang dikurung di dalam sebuah sangkar.
Banyak sangat, jadi kita pendekkan hingga besok.

Keesokan harinya, kami pergi main pasir di tepi pantai. Tak boleh mandi sebab lautnya dalam. Tambahan lagi, ada pasir jerlus. Untuk keselamatan diri, kami tak mandi pantai.

Kemudian, kami pergi ke UMT untuk tengok bilik kerja abah. Kemudian, kami pergi ke rumah kawan ibu. Seterusnya, pergi tengok abang Khairul di sekolah. Kemudian, pulang ke rumah.

Friday, June 12, 2009

Pulau Langkawi

Khamis:

Keluarga aku dan Radhy pergi melancong ke Pulau Langkawi. Ini adalah kali kedua aku pergi melancong ke sana, tapi tak termasuk kali pertama aku pergi ke sana. Masa tu tak silap aku masa masuk Underwater World aku dok curi mengintai melalui perut mak aku tapi masa tu aku rasa penguin tak ada lagi. Okeylah, kali ni kami pergi ke sana menaiki bot. Ambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di sana.Setelah tiba di destinasi, kami menaiki kereta-kereta yang ditempah oleh ayah masing-masing. Kami menginap di Tanjung Malie Beach Motel yang berdekatan dengan Underwater World. Kami tempah dua bilik yang bernombor 203 dan 204. Fuh....204. Nombor alamat rumah aku tu dong...Sepatutnya kami yang menginap di bilik tu.

Selepas bawa masuk barang-barang ke dalam bilik masing-masing, kami pergi ke Underwater
World. Kami berasa sungguh seronok. As happy as a king/lark. Pelbagai jenis haiwan yang kami dapat lihat seperti penguin, memerang, ketam, obor-obor, dan lain-lain lagi.

Kemudian, kami pergi ke pantai yang bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Laut di sana sangat cetek. Aku membina sebuah jambatan(kalau tak nak buat lubang yang dalam tapi tiba-tiba lubang dah runtuh. Maka jadilah jambatan), Abang Khairul membina sebuah kota yang sangat unik, Fadhil membina sebuah kapal manakala Fathi dan Radhy mengorek lubang yang tidak berapa dalam tetapi luas. Kemudian, kami pergi bermain dengan ombak di dalam laut.

Jumaat:

Pada waktu pagi, Abah pergi beli tiket untuk menaiki bot ke Kuala Kedah manakala kami pergi mandi laut. Kami pergi bermain dengan ombak sekali lagi. Sangat seronok. Tetapi, malang tidak berbau, Fathi terpaksa menempuh satu ujian daripada Tuhan iaitu dia hampir lemas di dalam laut setelah dia tertolak oleh ombak yang besar lalu kepalanya termasuk ke dalam air. Alhamdulillah, dia telah 'lulus'.

Selepas itu, kami pergi naik cable car di Langkawi Cable Car kecuali Ibu dan Cik Erie. Aku naik kereta kabel dengan Cik Nizam, Radhy, Fathi, Naqi, dan Fadhil. Aku berasa sangat gayat sehingga aku dan Fathi berasa macam nak terkencing. Namun, kami dapat lihat pemandangan dari atas. Sangat cantik dunia yang dicipta oleh Allah. Semasa di puncak, kami makan aiskrim. Setiap seorang 2 perisa.

Setelah turun ke bawah semula, kami pergi ke Animal Farm. Percuma untuk masuk tetapi RM 1 untuk makanan rusa atau arnab. Aku berasa geli sikit ketika memberi makan rusa. Pada mulanya rasa macam rusa-rusa tu nak gigit tangan aku. Aku dapat buat satu experiment ketika beri makanan kepada arnab. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan.

Kemudian, orang-orang lelaki pergi ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Aku rasa mengantuk masa tu. Ketika aku tenga jalan, aku terlanggar sebatang tiang. Tong! Aduh.... Saya ternampak burung-burung sedang terbang mengelilingi kepala saya. Ketika kami masuk ke dalam masjid, khatib sedang membaca khutbah. Selepas aku solat Jumaat, aku sembahyang Asar sekali. Biasalah, Jam'a. Kemudian, abah pergi pulangkan kereta sewa yang disewa oleh Cik Nizam.

Kemudian, kami pergi makan tengah hari di sebuah restoran(rasanya). Selepas itu, semua orang(kecuali aku, Cik Nizam, Kak Najah, Fardhil, Fathi, dan Naqi) pergi ke suatu tempat. Di mana? Tak tahulah. Masa kami semua nak turun menggunakan lif, Naqi tak sempat naik. Tertinggallah dia di tingkat 3. Kami turun di tingkat 1. Aku dan Fadhil terus naik ke tingkat 3 untuk cari Naqi. Alhamdulillah. Akhirnya, kami jumpa Naqi.

Kemudian, kami semua berkumpul di dalam sebuah kedai untuk pergi menaiki bot di jeti bersama-sama. Botnya sudah tiba awal lagi. Kami semua masuk ke dalam bot dan selepas sejam kami tiba di Kuala Perlis. Selamat tinggal Pulau Langkawi dan selamat bertemu Kuala Perlis!!!


Wednesday, June 10, 2009

RFC


Malam ni kami pergi makan malam di RFC. Berselera betul. First, kami pergi ke sebuah masjid untuk solat maghrib. Lepas tu, kami pergi ke RFC. Ini adalah kali pertama aku masuk dalam RFC. Kami pesan ayam, nasi, Radix kola, teh, dan macam-macam lagi. Tersaaaaaaaaaaangat meriah. Yang aku syok, masa aku nak guna pencuci tangan. Aku tunduk nak tengok pencuci tangan tu. Tiba-tiba automatic hand dryer diaktifkan. Terkejut aku. Ahhhh... Sudahlah! Pendekkan ceritalah. Malas nak taip banyak-banyak. Sebelum nak balik, kami tempah ais-krim. Lepas tu kami terjumpa Sir Syamsul, guru yang mengajar aku dalam pelajaran Bahasa Inggeris di sekolah. Terkejut beruk aku. Kemudian, kami semua balik.

Alaaaaa.......

Alaaaaaa..........Hari ini aku kena pergi tuisyen. Aku tak tahulah apa yang akan mereka (keluarga aku dan Radhy) lakukan. Rasa tak sabar nak balik dari sekolah pada pukul 1.35 p.m.

Tuesday, June 9, 2009

Orang Yang Tinggi


Tadi aku, Abang Khairul, dan abah pergi solat Maghrib di surau. Selepas habis baca doa, kami bersalam-salaman antara satu sama lain. Yang aku tak sangka, aku jumpa orang yang tinggi. Masa dia nak keluar,kepala dia hampir-hampir kena bahagian atas pintu surau.

Ketam

Untuk minum petang, kami makan nasi berlauk ketam. Emmmm......Sedapnya. Siapa yang masak? Siapa lagi. Tentulah chef wanita yang paling best in the universe iaitu ibuku! Tepuk tangan sikit. Tepuk tangan sikit. Terima kasih. Terima kasih. Ingat nak masukkan gambar ketam yang dimasak oleh ibu tapi dah habis(ibu yang kata). Jadi, saya masukkanlah gambar ketam ni:

He.He.He.

As Busy As A Bee

Hari ini kami mengemas rumah sebab keluarga Radhi akan datang ke rumah kami. Eeee.........Seronoknyaaaa.......... Aku kemas bilik kami(aku dan Abang Khairul) sebab banyak sangat barang di dalamnya. Bersepah! Contohnya komik, layang-layang, beg, dan lain-lain lagi. Kedua-dua adik aku pula mengemas bilik Nasriyah. Bersama. Macam wonderpet la pulak. Apa yang penting? Kerjasama! Ha.Ha.Ha. Kakak aku pulak vacuum sekeliling rumah. Hai........ Sibuknya. Pentingkan kebersihan!

Sabda Rasulullah S.A.W:

  • Kebersihan itu separuh daripada iman.