Thursday, July 9, 2009

Di Dalam Cerita Kartun...

Cerita cartoon di dalam TV9 ada banyak. Tapi, ada juga cerita yang aku tak suka. Walaupun terdapat banyak faedah di dalamnya, yang aku tak suka ialah apabila ia bertanya kepada penonton (Contohnya ialah, "Anda nampak tak sebuah istana?" Itulah yang aku tak suka). Cerita-ceritanya ialah berikut:


Dora The Explorer

Go Diego Go!


Blue's Clues
Kecuali ini:

Wonderpets

Friday, July 3, 2009

Kotornya...!!!

Gambar-gambar di bawah ialah suasana di sebuah pantai di Terengganu:

Kotornya. Rasanya sebab fun fair ni kot.

Saturday, June 27, 2009

Kemas-Kemas Bilik Keja Abah Di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Hari ini, kami sangat sibuk sebab kami kemas-kemas barang abah di bilik abah untuk dibawa pulang ke rumah. Sebelum tu, kami semua (kecuali abah) pergi 'menceroboh' setiap tingkat di UUM. Pada mulanya, kami naik ke tingkat 4 dengan menaiki lif. Kemudian, kami naik ke tingkat 5 lalu turun hingga ke tingkat 1 menggunakan tangga. Kemudian, kami tolong abah kemas barang.

Kenduri Kesyukuran

Malam tadi, aku berasa sungguh seronok. Walaupun hanya Keluarga Pak Cik (kecuali Amirul & Faisal), keluaraga Pak Teh, keluarga Kak Ji, dan keluarga Abang E saja yang datang, terubat la jugak rindu terhadap sepupu. Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk keluarga Cik Erie kerana sudi datang ke rumah kami. Kembali ke topik sebenar, lepas tunaikan solat Maghrib di surau, kami membaca surah Yaasiin dan Tahlil. Kemudian kami solat Isyak dan makan nasi di sana. Aku balik berjalan ke rumah. Tapi, mula-mula aku balik ke rumah untuk ambil dompet abah. Lepas bagi dompet kepada abah, aku berjalan pulang ke rumah. Ketika aku pulang ke rumah, aku tengok meriah saja kat dalam. Penuh dengan sepupu. Ada yang ketawa, bermain, menangis, bermain, dan lain-lain perasaan lagi. Sungguh seronok. Keluarga Pak Cik balik malam tu jugak sebab esok ialah hari persekolahan untuk anak-anak mereka. Aku tidur di dalam bilik aku.

Pagi tadi, adik perempuan aku kejut aku solat Subuh. Selepas solat Subuh, aku rehat sambil chatting dengan Abang Faizal. Lepas tu, aku pergi mandi. Masa mereka hendak pulang ke rumah, kami berikan hadiah ikan-ikan garpi & pokok-pokok kepada setiap seorang. I hope, my another cousin will come to our home in the next time.

Friday, June 26, 2009

Kemas-Kemas-Kemas Rumah

Hari ini kami semua tersaaaaaaangat sibuk! Macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Aku pun tidak ketinggalan untuk tolong ibu & abah untuk mengemas rumah seperti sapu di halaman rumah, potong rumput, buang sampah, tabur beras-beras yang tak elok di padang supaya burung-burung dapat makan, dan lain-lain lagi. Penat betul. Hari ni abah kata segala sepupu dari sana dari sini akan datang ke rumah aku. Penuhlah rumah kami nanti. Malam ni pulak ada kenduri di surau. Wah! Rasa seronok la pulak. Tak sabar rasanya!

Sunday, June 21, 2009

Terengganu Darul Iman

Hari ini aku dengan Nasriyah ponteng sekolah sebab ibu & abah tak sempat hantarkan kami ke sekolah. Ini adalah kali pertama aku ponteng sekolah pada tahun ini. Jadi, aku ambil kesempatan untuk buat catatan yang baru. Kami semua bertolak ke Terengganu pada pukul 4.30 pagi. Tapi, kalau nak ikut jadual yang telah dirancangkan, sepatutnya kami bertolak pada pukul 3.00 petang. Kami melaksanakan solat Subuh di sebuah masjid. Lupa dah nama masjid tu. Lepas tu, aku sambung tidur.

Yang aku tak tahan ialah ketika melalui banjaran. Itulah jalan yang paling aku benci yang pernah aku lalui dan jalan tersebut menyebabkan aku pening kepala dan termuntah. Uhhh....I hate this thing. Macam mana la aku nak tempuhi perkara ini bila kami berpindah ke Terengganu nanti.

Kami tiba di Chalet Aneez kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.45 petang. Kami semua makan tengah hari. Kemudian, aku dengan abah pergi ke sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Lepas habis sembahyang Jumaat, aku sembahyang jam'a Asar. Lepas tu, kami balik ke chalet. Sebenarnya, aku malas nak taip ni. Sebelum kami tiba di Terengganu, kami berhenti di stesen minyak sebab abah nak terkencing. Aku keluar sebab nak ambil gambar burung yang dikurung di dalam sebuah sangkar.
Banyak sangat, jadi kita pendekkan hingga besok.

Keesokan harinya, kami pergi main pasir di tepi pantai. Tak boleh mandi sebab lautnya dalam. Tambahan lagi, ada pasir jerlus. Untuk keselamatan diri, kami tak mandi pantai.

Kemudian, kami pergi ke UMT untuk tengok bilik kerja abah. Kemudian, kami pergi ke rumah kawan ibu. Seterusnya, pergi tengok abang Khairul di sekolah. Kemudian, pulang ke rumah.

Friday, June 12, 2009

Pulau Langkawi

Khamis:

Keluarga aku dan Radhy pergi melancong ke Pulau Langkawi. Ini adalah kali kedua aku pergi melancong ke sana, tapi tak termasuk kali pertama aku pergi ke sana. Masa tu tak silap aku masa masuk Underwater World aku dok curi mengintai melalui perut mak aku tapi masa tu aku rasa penguin tak ada lagi. Okeylah, kali ni kami pergi ke sana menaiki bot. Ambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di sana.Setelah tiba di destinasi, kami menaiki kereta-kereta yang ditempah oleh ayah masing-masing. Kami menginap di Tanjung Malie Beach Motel yang berdekatan dengan Underwater World. Kami tempah dua bilik yang bernombor 203 dan 204. Fuh....204. Nombor alamat rumah aku tu dong...Sepatutnya kami yang menginap di bilik tu.

Selepas bawa masuk barang-barang ke dalam bilik masing-masing, kami pergi ke Underwater
World. Kami berasa sungguh seronok. As happy as a king/lark. Pelbagai jenis haiwan yang kami dapat lihat seperti penguin, memerang, ketam, obor-obor, dan lain-lain lagi.

Kemudian, kami pergi ke pantai yang bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Laut di sana sangat cetek. Aku membina sebuah jambatan(kalau tak nak buat lubang yang dalam tapi tiba-tiba lubang dah runtuh. Maka jadilah jambatan), Abang Khairul membina sebuah kota yang sangat unik, Fadhil membina sebuah kapal manakala Fathi dan Radhy mengorek lubang yang tidak berapa dalam tetapi luas. Kemudian, kami pergi bermain dengan ombak di dalam laut.

Jumaat:

Pada waktu pagi, Abah pergi beli tiket untuk menaiki bot ke Kuala Kedah manakala kami pergi mandi laut. Kami pergi bermain dengan ombak sekali lagi. Sangat seronok. Tetapi, malang tidak berbau, Fathi terpaksa menempuh satu ujian daripada Tuhan iaitu dia hampir lemas di dalam laut setelah dia tertolak oleh ombak yang besar lalu kepalanya termasuk ke dalam air. Alhamdulillah, dia telah 'lulus'.

Selepas itu, kami pergi naik cable car di Langkawi Cable Car kecuali Ibu dan Cik Erie. Aku naik kereta kabel dengan Cik Nizam, Radhy, Fathi, Naqi, dan Fadhil. Aku berasa sangat gayat sehingga aku dan Fathi berasa macam nak terkencing. Namun, kami dapat lihat pemandangan dari atas. Sangat cantik dunia yang dicipta oleh Allah. Semasa di puncak, kami makan aiskrim. Setiap seorang 2 perisa.

Setelah turun ke bawah semula, kami pergi ke Animal Farm. Percuma untuk masuk tetapi RM 1 untuk makanan rusa atau arnab. Aku berasa geli sikit ketika memberi makan rusa. Pada mulanya rasa macam rusa-rusa tu nak gigit tangan aku. Aku dapat buat satu experiment ketika beri makanan kepada arnab. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan.

Kemudian, orang-orang lelaki pergi ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Aku rasa mengantuk masa tu. Ketika aku tenga jalan, aku terlanggar sebatang tiang. Tong! Aduh.... Saya ternampak burung-burung sedang terbang mengelilingi kepala saya. Ketika kami masuk ke dalam masjid, khatib sedang membaca khutbah. Selepas aku solat Jumaat, aku sembahyang Asar sekali. Biasalah, Jam'a. Kemudian, abah pergi pulangkan kereta sewa yang disewa oleh Cik Nizam.

Kemudian, kami pergi makan tengah hari di sebuah restoran(rasanya). Selepas itu, semua orang(kecuali aku, Cik Nizam, Kak Najah, Fardhil, Fathi, dan Naqi) pergi ke suatu tempat. Di mana? Tak tahulah. Masa kami semua nak turun menggunakan lif, Naqi tak sempat naik. Tertinggallah dia di tingkat 3. Kami turun di tingkat 1. Aku dan Fadhil terus naik ke tingkat 3 untuk cari Naqi. Alhamdulillah. Akhirnya, kami jumpa Naqi.

Kemudian, kami semua berkumpul di dalam sebuah kedai untuk pergi menaiki bot di jeti bersama-sama. Botnya sudah tiba awal lagi. Kami semua masuk ke dalam bot dan selepas sejam kami tiba di Kuala Perlis. Selamat tinggal Pulau Langkawi dan selamat bertemu Kuala Perlis!!!