Tuesday, June 15, 2010

Sukan

Pagi tadi, ibu, Khairul, Nasriyah, dan Fawwaz telah pergi ke Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) untuk melihat Fikri (sepupu sebelah ibu, anak Makteh) bermain badminton. Kelmarin, aku telah pergi ke sana bersama ibu, Najah, Nasriyah, dan Fawwaz cuma kami

Monday, June 14, 2010

Tetamu Lagi....

Malam ini, rumah kami telah didatangi oleh sebuah keluarga dari Kedah Darul Aman iaitu tanah air lamaku. Wah, ramainya tetamu yang datang ke rumah kami! Tetamu kami kali ini ialah keluarga Ustaz Masduki. Beliau ialah seorang jiran rumah kami yang terletak lebih kurang separuh 1 kilometer sahaja daripada rumah kami. Sekarang, ibu bapaku sedang berbual dengan mereka manakala aku sedang melayari internet (hobi). Nanti, sebelum mereka pulang semula ke Kedah, mereka akan dijemput untuk menikmati makanan yang telah dihidangkan oleh ibuku. Semuanya sedap-sedap belaka terutamanya ikan 3 rasa. Slrpp!!! Sedap.....

Pada waktu malam, Isnin, 14 Jun 2010 pada pukul 11.20 p.m.

Sunday, June 13, 2010

Perhatian!

Perhatian kepada semua rakyat yang memusuhi Israel, ditegaskan kepada kalian supaya jangan menggunakan www.google.com kerana internet tersebut adalah kepunyaan Israel! Sila gunakan www.alwahy.com . Harap maklum.

Tuesday, June 8, 2010

Selasa, 8 Jun 2010

Hari ini, kami (aku & Khairul) telah pulang ke rumah. Kami bertolak dari stesen bas pada pukul 8 pagi menaiki bas "S.P. Bumi" dan kami telah tiba di Kuala Terengganu pada pukul 11 pagi. Lebih kurang pada pukul 12 tengah hari, ibu datang menjemput kami menaiki kereta Unser. Ibu terlewat untuk menjemput kami kerana tersesat! Tapi kami tak kisah... Asalkan kami boleh pulang ke rumah. Fawwaz temankan ibu. Tinggal Nasriyah seorang sahaja yang tinggal di rumah. Kak Najah ada kelas tuisyen di sekolahnya. Sampai saja di rumah, aku terus hidupkan komputer untuk membetulkan skrinnya. Skrin komputer jadi senget sebab Fawwaz, ganas sangat main game.

Sekarang (malam), kami telah mendapat tetamu yang datang dari Kedah Darul Aman. Mereka ialah keluarga kawan ayahku. Nama kawan ayahku ialah Pakcik Kamal. Eh, buat apa aku nak tulis namanya? Lagipun, para pembaca pasti tidak mengenali beliau. Sekarang, mereka sedang menjamu selera. Kesian kakak aku. Kalau tak, pasti dia dapat berbual dengan seorang kawan lamanya. Malam ni, mereka tidak tidur di rumah kami sebaliknya mereka akan tidur di..... Aisey man! Lupalah pulak!

Waktu catatan ini ditaip ialah pada pukul 9.20 malam.

Friday, March 12, 2010

Bersiap untuk Berpindah ke Terengganu

Alhamdulillah. Kami telah tiba di Jitra, Kedah pada pukul 11 pagi. Hampir 3 bulan aku tak layari internet. Rumah di Terengganu tak dapat line manakala di sekolah pula bilik APV (bilik komputer) belum dibuka lagi. Disebabkan hal inilah aku tak boleh taip catatan baru.

Semalam keluargaku datang ke MTST (sekolah baruku iaitu Maahad Tahfiz Sains Tumpat) untuk menjemputku pulang ke rumah pada pukul 12 malam. Masa tu, aku dah tertidur di dorm aku kerana dengar orang lain bercerita. Nasib baik masa tu pelajar-pelajar tingkatan 3 tak boleh pulang ke rumah kerana mereka ada kelas tambahan. Hari Selasa baru mereka boleh pulang. Maksudnya, abang aku boleh pulang pada hari Selasa. Pada malam itu, kami tidur di sebuah stesen minyak Petronas.

Pada keesokan hari (hari ini), kami bertolak ke Kedah selepas menunaikan solat Subuh. Kami meneruskan perjalan kami melalui banjaran Titiwangsa tanpa berhenti untuk berehat sehingga di Parit Panjang barulah kami berhenti untuk bersarapan pagi. Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga kami tiba di Kedah.

Kami semua datang ke Kedah untuk membawa semua barang ke Terengganu. Pada hari ini, kami telah siap melakukan banyak kerja seperti menyediakan kotak, susun buku, dan mengemaskan mainan. Esok kami pasti sibuk.

Sunday, December 27, 2009

Kembali Ke Kedah

Alhamdulillah. Semalam, kami kembali ke Kedah semula. Tapi, kami datang ke ini bukan untuk berseronok tau. Kami ke sini kerana ada kerja. Kalau tak, semalam kami rancang untuk tidur di rumah lama kami. Tapi ada lagi keluarga yang menumpang rumah kami. Maka, kami terpaksa tidur di tempat lain. Kalau tak silap aku, Taman Siswa kot. Kami semua tidurlah di sana. Pada keesokan harinya, kami bersiap untuk betolak ke Maktab Mahmud untuk selesaikan kerja ibu & abah. Namun, rupa-rupanya hari ini mereka bercuti. Di SRIDA pun ramai manusia jugak. Ayoyo. Balik ke Terengganu esoklah jawabnya.

Saturday, December 19, 2009

Paknjang Sakit

Sekarang kami (kecuali Abah dan Abang Khairul) menumpang di rumah Cik Erie yang baru di Selangor. Pada mulanya, kami menumpang di rumah Paklong, kemudian rumah Makteh, seterusnya rumah Tok, rumah Paklong, dan yang terakhir ialah rumah Cik Erie.

Sebelum kami pergi ke rumah Paklong, kami pergi ke hospital dulu kerana Paknjang dimasukkan ke dalam wad. Beliau sakit. Innalillahiwainnailaihiraaji'un. Kesian. Kami ingin pergi menziarahinya, namun guard cakap cuma orang 12 tahun dan ke atas sahaja boleh masuk ke dalam wad. Ini bermakna, Icah dengan Fawwaz tak boleh masuk ke dalam. Abah tak masuk untuk menjaga mereka. Bila kami tiba di sana, kami ternampak Cik Erie berada di sebelah katil Paknjang. Selepas 5 minit, aku dengan Kak Najah minta izin daripada Ibu untuk keluar lalu Ibu membenarkannya.

Kami jumpa Abah, Icah dan Fawwaz di sebuah cafe. Abah suruh kami jaga Fawwaz sebab Abah nak pergi ziarah Paknjang. Masa tu la kami rasa bosan sangat. Selepas 1 jam (kot), Cik Erie dan abah turun. Kemudian kami pergi bermain di taman permainan. Pada pukul 7.30 p.m, kami pulang ke rumah Paklong.