Friday, February 13, 2009
Ke Taman Permainan Sekali Lagi
Di sana ada jugak seorang ustaz yang pernah menjadi imam di surau (Surau Al-Falah) di taman. Aku nampak dia ketika aku dengan Icah sedang bermain buaian. Tak tahu lah namanya. Dia datang ke sini untuk temankan anaknya bermain. Kebetulan berjumpa dengan abah, Jadi mereka berdua bersembang panjang-lebar lah. Masa aku nak pergi kejar Fawwaz, ustaz tu panggil aku. Ustaz tu bagi aku kuih. Kuih tu dia buat sendiri. Masa aku makan kuih tu, fulamak. Betul-betul holiyaw. Lepas tu aku sambung main. Seronok betul. Enjoy la.
Berlaku kejadian pahit ke atas diriku. Kejadian itu terjadi ketika aku dengan Icah nak main tangga yang berbentuk ' W ' terbalik sebelum kami pulang ke rumah. Masa tu aku dengan Icah nak lumba siapa yang habis dulu. Masa aku tengan speed up kelajuan naik turun tangga tu, aku terjatuh lalu tersangkut! Aduhhhhh, sakit betul. Boleh patah tulang aku. Tapi nasib baik aku tak terjatuh terus. Kalau tak, boleh masuk hospital aku dibuatnya. Adik-adikku pulak gelakkan aku. Tergelak sampai nak terkencing. Tu tiada masalah. Aku pulak tahan kencing dari kami sampai ke sini. Lagi teruk. Inilah pengalaman pahit yang terbaru untukku. Aku takkan lupakan pengalaman pahit ini. Lepas tu kami pulang ke rumah.
Sunday, January 18, 2009
Kursus Kepimpinan Dan Motivasi SRIDA 2009
Orang yang menjadi penceramah ialah Cikgu Mat Salleh bin Mat Taib. Beliau pandai buat kelakar. Aku pun dimalukan di hadapan pelajar-pelajar lain sebanyak 2 kali. Beliau menyatakan 6 perkara. Iaitu:
1.Manusia-Allah(Hamba)
Manusia-Manusia(Ketua)
Manusia-Alam(Ketua)
2.Manusia mempunyai-otak, akal, hati, nafsu, dan perasaan malu.
Haiwan mempunyai-otak, hati, dan nafsu. (Tiada akal dan perasan malu)
3.Pengawas mestilah pamerkan rasa kemesraan, beri salam, senyuman, ucap terima kasih, jabat tangan, dan minta maaf.
4.Pemimpin-Transactional Leader ( X )
-Transformational Leader ( / )
5.Musuh kita:
-Iblis dan syaitan.
-Nafsu.
-Yahudi dan Kristian.
6.Kristian mengadakan projek '3F' iaitu:
-Food. (makanan)
-Fashion.
-Fun (menyeronokkan)
Pada pukul 1.00 tengahari kami pergi ke kantin sekolah untuk makan tenahari. Makanan disediakan. Bertuah betul. Free pulak tu. Boleh la aku simpan RM 1.00 yang abah berikan kepada aku pagi tadi sebelum abah hantar kami ke sekolah.
Pada pukul 1.20 tengahari kami balik dengan abah. Abah sudah tiba di sekolah pada pukul 12.55 tengahari. Tak tahu pulak yang abah dah sampai dah. 25 minit abah tunggu kami. Kesiannye. Tentu penat abah tunggu kami berdua.
Friday, January 9, 2009
Minggu pertama
Saturday, January 3, 2009
Berhenti Untuk Sementara Waktu
Friday, January 2, 2009
Israel Kejam!
Ada juga tindakan yang kita dapat lakukan. Antaranya adalah:
- Mengadakan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan umat Islam Palestin yang teraniaya dan dizalimi serta memenangkan saudara-saudara kita dalam pertembungan dengan kuffar Israel.
- Menghulurkan derma dan bersama menjayakan kutipan tabung Palestin.
- Setiap masjid mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
- Memboikot barangan Amerika dan Israel dan mereka yang bersekongkol dengan Israel.
Ahli keluarga orang Palestin yang berucap di bawah ini telah mati syahid. Mari bacakan surah Al-Fatihah kepada ahli keluarganya agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.
Masa Himpunan Ummah aku terjumpa dengan kawan aku iaitu Al-Fatih, Irfan, Imran, Amirul dan Helmi. Aku jumpa Helmi di tingkat bawah masjid. Manakala Al-Fatih, Irfan, dan Amirul aku jumpa di tingkat atas masjid. Lepas tu aku turun.
Ibu ambil gambar aku di tepi orang Palestin tapi aku tak tau yang dia tak perasan ataupun tak kisah kepada aku.
Sebelum aku nak masuk dalam kereta, aku dengan abang Khairul pergi ambil gambar dengan orang Palestin. Sekali dengan bendera. Aku rasa segan sikit. Eh, bukan sikit. Tetapi aku rasa tersangat-sangat segan.
Esok kami semua akan balik ke asrama. Abang Khairul akan ke Kelantan besok. Abah yang hantarkan. Kami pulak ibu yang hantarkan. Good bye abang Khairul. Belajar rajin-rajin termasuk diri aku sendiri.
Thursday, January 1, 2009
Membuat Persediaan Untuk Ke Sekolah
Lepas tu kami pergi ke Maktab Mahmud Alor Setar sebab abah nak buat permohonan untuk Kak Najah Masuk asrama dalam. Kami pergi ke sana sekejap saja. Duduk atas kerusi, bangun, lepas tu masuk dalam kereta lalu pergi. Aku tertidur dalam kereta.
Bila aku bangun kami dah sampai di Tesco. Kami beli tersesat di sana sebab nak cari tandas. Masa dah jumpa tandas kami bertiga terus masuk. Masa aku keluar dari tandas abah dengan Icah dah tunggu aku di atas kerusi. Lepas tu kami pergi beli barang. Kami beli fail dan jam tangan. Lagi sekali aku tertidur dalam kereta.
Kali ni aku terbangun di kedai pulak. Kami beli kiwi dan beg. Masa tu aku jumpa abah Wani dengan anaknya. Dulu abah Wani sekeluarga pernah mengasuh aku dengan adik aku masa kami tadika. Mereka ialah keluarga kedua yang mengasuh kami berdua. Mereka ingin beli peralatan untuk sekolah.
Lepas tu kami pergi bayar bil elektrik, air, telefon, dan cukai pintu. Lepas habis bayar kami kami pergi ambil name-tack ibu di kedai. Lepas tu kami pulang ke rumah.
Monday, December 29, 2008
Awal Muharram
Lepas habis bersahur aku dengan abang aku sambung tidur. Kami cuma tidur 5 minit saja. Kami ikut abah pergi sembahyang subuh di surau. Jarang jugak kami ikut abah pergi sembahyang subuh. Maklumlah..... Orang tengah tidur. Jadi tak nak la ganggu orang yang tengah tidur kan. Betul tak?
Ibu dengan abah pergi beli barang keperluan kami untuk sekolah pada pukul 10.30 a.m. Kami semua ada buat list. Nanti kalau terlupa barang yang nak dibeli, tengok la list tu. Fawwaz tak boleh ikut. Jadi dia menangislah di rumah. Hai........ Susah betul nak jaga Fawwaz ni. Ni baru menangis. Macam mana kalau dia menjerit sekali? Habis. Boleh pekak telinga kami ni. Aduh........
Dari tengah hari sampai la ke petang aku cuma layan internet saja. Tapi aku tak bermaksud yang aku tak sembahyang zuhur. Mestilah sembahyang. Sembahyang 5 waktu hukumnya wajib. Kalau tertinggal satu pun dah berdosa besar tau. Jangan main-main dan Jangan pandang ringan tau.
Pada pukul 4.00 p.m. abah dengan ibu balik. Banyak barang yang dibeli. Tapi ada sesetengah barang yang tak dibeli lagi. Nanti-nanti la beli macam malam ni ke, esok ke, lusa ke, dan seterusnya. Fawwaz pulak lain cerita. Dia sambung menangis pulak masa ibu dengan abah balik. Sama pulak macam di Terengganu (Sila rujuk pada catatan yang bertajuk 'Kelantan Dan Terengganu'). Kami bahagikan barang-barang yang dibeli oleh ibu dengan abah mengikut senarai yang ditulis di list. Ibu ada jugak beli barang untuk Fawwaz seperti mainan dan puting botol susu. Seronok la Fawwaz.
Burrkkk...... Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah. Akhirnya kami buka puasa juga. Setelah sehari aku menahan diri dari makan dan dan minum termasuk masa Fawwaz tengah makan di depan aku, tapi aku dapat bertahan. Sekaranglah masanya untuk makan. Aduh! Tiba-tiba aku rasa sakit perut. Jadi aku sembahyang maghrib dengan abah dulu.