Monday, October 11, 2010

Dah Nak Gi Dah...

Insyaallah, esok petang, Ibu & Abah akan menghantar aku ke sekolah di Kelantan. Tolong doakan keselamatan kami ye...

Monday, September 6, 2010


Hari ini, kami akan pulang ke kampung. Tapi

Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Datang Lagi!!!

Assalamualaikum kepada para pembaca yang beagama Islam. Jagalah puasa anda dalam bulan Ramadhan ini. Janganlah lakukan 10 perkara yang boleh membatalkan puasa anda.

Wednesday, June 16, 2010

Kejayaan Fikri Dan Rakannya

Alhamdulillah, pada hari ini, Fikri dan rakan seperjuangannya telah berjaya meraih kejayaan dengan mengalahkan pihak lawan dari negeri Pulau Pinang dengan mata 21-? (bawah 10) dan 21-13 (kalau tak silap) dalam sukan badminton. Masa kami sampai di sana,

Tuesday, June 15, 2010

Ada Tetamu Lagi...

Sekarang ni, rumah kami telah didatangi oleh beberapa orang tetamu lagi. Kali ini, mereka ialah rakan-rakan ibu aku. Aku tak tahu sama ada mereka ialah kawan-kawan lama atau kawan-kawan baru ibu aku. Sekarang, mereka sedang berbual. Wah, hampir sejam dah mereka berbual! Baru tadi abah dah pulang. Selamat pulang ke rumah! Ibu kata, insyaallah rancangan kami untuk pulang ke kampung pada malam ini dibatalkan kerana ada banyak kerja di rumah.

Sukan

Pagi tadi, ibu, Khairul, Nasriyah, dan Fawwaz telah pergi ke Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) untuk melihat Fikri (sepupu sebelah ibu, anak Makteh) bermain badminton. Kelmarin, aku telah pergi ke sana bersama ibu, Najah, Nasriyah, dan Fawwaz cuma kami

Monday, June 14, 2010

Tetamu Lagi....

Malam ini, rumah kami telah didatangi oleh sebuah keluarga dari Kedah Darul Aman iaitu tanah air lamaku. Wah, ramainya tetamu yang datang ke rumah kami! Tetamu kami kali ini ialah keluarga Ustaz Masduki. Beliau ialah seorang jiran rumah kami yang terletak lebih kurang separuh 1 kilometer sahaja daripada rumah kami. Sekarang, ibu bapaku sedang berbual dengan mereka manakala aku sedang melayari internet (hobi). Nanti, sebelum mereka pulang semula ke Kedah, mereka akan dijemput untuk menikmati makanan yang telah dihidangkan oleh ibuku. Semuanya sedap-sedap belaka terutamanya ikan 3 rasa. Slrpp!!! Sedap.....

Pada waktu malam, Isnin, 14 Jun 2010 pada pukul 11.20 p.m.