Innalillahiwainnailaihirajiun, kelmarin kami mendapat berita pada pukul 1.45 p.m. Masa tu kami sekeluarga kecuali Kak Najah dan Abang Khairul dalam perjalanan ke kenduri. Kami mendapat berita bahawa ayah kepada Mak Teh sebelah ayah aku telah meninggal dunia pada pukul 1.30 p.m. Jadi, kami lekas-lekas la makan masa di kenduri. Balik je kat rumah kami kemas-kemas barang lalu bertolak ke sana di Kuala Kangsar.
Kami sampai di sana pada pukul 5.50 p.m. Masa di dalam kami semua baca Yaasin dan potong daun pandan.
Kami semua bertolak pulang pada pukul 9.30 p.m. Masa dekat tempat rehat pertama abah cuma beli buah jambu, limau, dan jagung. Dekat tempat rehat kedua baru la kami semua makan nasi. Lepas tu kami teruskan perjalanan pulang ke rumah.
Kami semua tiba di rumah pada pukul 10.50 p.m. Masuk rumah kemudian terus tidur.
2 comments:
Salam Hafizul,
Paklong ucap tahniah. Rajin-rajin belajar, biar serba-boleh.
Menulis dalam blog melatih kita susun idea, latih menulis, menguatkan ingatan, hilangkan boring, elakkan jadi mat rempit, bla... bla.... blaaa....
Waalaikumussalam, Paklong,
Terima kasih kerana memberi kata perangsang kepada Hafiz. Abang Fauzan tahukah Hafiz buat blog juga?
Post a Comment