Khamis:
Keluarga aku dan Radhy pergi melancong ke Pulau Langkawi. Ini adalah kali kedua aku pergi melancong ke sana, tapi tak termasuk kali pertama aku pergi ke sana. Masa tu tak silap aku masa masuk Underwater World aku dok curi mengintai melalui perut mak aku tapi masa tu aku rasa penguin tak ada lagi. Okeylah, kali ni kami pergi ke sana menaiki bot. Ambil masa lebih kurang sejam untuk tiba di sana.Setelah tiba di destinasi, kami menaiki kereta-kereta yang ditempah oleh ayah masing-masing. Kami menginap di Tanjung Malie Beach Motel yang berdekatan dengan Underwater World. Kami tempah dua bilik yang bernombor 203 dan 204. Fuh....204. Nombor alamat rumah aku tu dong...Sepatutnya kami yang menginap di bilik tu.
Selepas bawa masuk barang-barang ke dalam bilik masing-masing, kami pergi ke Underwater
World. Kami berasa sungguh seronok. As happy as a king/lark. Pelbagai jenis haiwan yang kami dapat lihat seperti penguin, memerang, ketam, obor-obor, dan lain-lain lagi.
Kemudian, kami pergi ke pantai yang bersebelahan dengan tempat penginapan kami. Laut di sana sangat cetek. Aku membina sebuah jambatan(kalau tak nak buat lubang yang dalam tapi tiba-tiba lubang dah runtuh. Maka jadilah jambatan), Abang Khairul membina sebuah kota yang sangat unik, Fadhil membina sebuah kapal manakala Fathi dan Radhy mengorek lubang yang tidak berapa dalam tetapi luas. Kemudian, kami pergi bermain dengan ombak di dalam laut.
Jumaat:
Pada waktu pagi, Abah pergi beli tiket untuk menaiki bot ke Kuala Kedah manakala kami pergi mandi laut. Kami pergi bermain dengan ombak sekali lagi. Sangat seronok. Tetapi, malang tidak berbau, Fathi terpaksa menempuh satu ujian daripada Tuhan iaitu dia hampir lemas di dalam laut setelah dia tertolak oleh ombak yang besar lalu kepalanya termasuk ke dalam air. Alhamdulillah, dia telah 'lulus'.
Selepas itu, kami pergi naik cable car di Langkawi Cable Car kecuali Ibu dan Cik Erie. Aku naik kereta kabel dengan Cik Nizam, Radhy, Fathi, Naqi, dan Fadhil. Aku berasa sangat gayat sehingga aku dan Fathi berasa macam nak terkencing. Namun, kami dapat lihat pemandangan dari atas. Sangat cantik dunia yang dicipta oleh Allah. Semasa di puncak, kami makan aiskrim. Setiap seorang 2 perisa.
Setelah turun ke bawah semula, kami pergi ke Animal Farm. Percuma untuk masuk tetapi RM 1 untuk makanan rusa atau arnab. Aku berasa geli sikit ketika memberi makan rusa. Pada mulanya rasa macam rusa-rusa tu nak gigit tangan aku. Aku dapat buat satu experiment ketika beri makanan kepada arnab. Haiwan bersaing untuk mendapatkan makanan.
Kemudian, orang-orang lelaki pergi ke sebuah masjid untuk menunaikan solat Jumaat. Aku rasa mengantuk masa tu. Ketika aku tenga jalan, aku terlanggar sebatang tiang. Tong! Aduh.... Saya ternampak burung-burung sedang terbang mengelilingi kepala saya. Ketika kami masuk ke dalam masjid, khatib sedang membaca khutbah. Selepas aku solat Jumaat, aku sembahyang Asar sekali. Biasalah, Jam'a. Kemudian, abah pergi pulangkan kereta sewa yang disewa oleh Cik Nizam.
Kemudian, kami pergi makan tengah hari di sebuah restoran(rasanya). Selepas itu, semua orang(kecuali aku, Cik Nizam, Kak Najah, Fardhil, Fathi, dan Naqi) pergi ke suatu tempat. Di mana? Tak tahulah. Masa kami semua nak turun menggunakan lif, Naqi tak sempat naik. Tertinggallah dia di tingkat 3. Kami turun di tingkat 1. Aku dan Fadhil terus naik ke tingkat 3 untuk cari Naqi. Alhamdulillah. Akhirnya, kami jumpa Naqi.
Kemudian, kami semua berkumpul di dalam sebuah kedai untuk pergi menaiki bot di jeti bersama-sama. Botnya sudah tiba awal lagi. Kami semua masuk ke dalam bot dan selepas sejam kami tiba di Kuala Perlis. Selamat tinggal Pulau Langkawi dan selamat bertemu Kuala Perlis!!!
No comments:
Post a Comment