Monday, November 30, 2009

Menyertai Rombongan Sekolahku Di Terengganu

23 November 2009:

Aku dengan keluarga (kecuali abah) pergi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk berjumpa dengan rombongan sekolahku. Sepanjang lawatan mereka di Terengganu, mereka menginap di asrama di UMT. Masa tu mereka dah selesai makan sarapan pagi dah. Kami pulak enjoy makan sarapan pagi jugak. Kami tak makan lagi tau.

Lepas habis makan, mereka pergi ke asrama untuk meletak barang-barang mereka. Satu bilik dua orang. Sementara menunggu mereka siap kemas barang, mandi, dan lain-lain lagi, kami pulang dulu ke rumah sewa kami untuk mengambil barang-barang yang sepatutnya. Kemudian kami pergi ke UMT semula.

Selepas lebih kurang 30 minit menunggu mereka di tempat masuk Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, barulah mereka tiba. Sebelum mereka masuk ke dalam library, mereka buat barisan dahulu. Aku pun kena join mereka jugak. He.He.He. Free saja. Tak payah bayar. Selamat duit kami. Macam-macam aku tengok di sana. Contohnya...........Ah! Malaslah mau cerita! Macam-macam ada.



Selepas makan tengah hari, kami pergi ke pelbagai tempat. Tapi, aku dah lupa dah nama tempatnya. Kalau tak silap aku, muzium, tempat jenis-jenis masjid, masjid kristal dan......Alamak! Lagi satu tempat pun aku dah terlupa. Dipendekkan cerita, kami pulang ke UMT pada waktu malam (selepas waktu Isyak). Selepas makan malam, kami pulang ke rumah sewa kami. Yang lelaki naik kereta Persona manakala yang perempuan naik kereta Unser.


24 November 2009:
Aku dengan keluarga (kecuali abah) pergi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hari ini kami datang lewat sangat sebab mereka bukan sahaja dah habis makan tapi mereka dah naik bas! Tapi, tak apalah. Bolehlah kami makan dulu. (Terdapat beberapa ayat yang sama dengan beberapa ayat yang terdapat di perenggan pertama).

Lepas habis makan, kami ikut mereka pergi melawat ke beberapa tempat. Tapi kali ini, kami tak naik bas, naik kereta kami sendiri. Mula-mula, kami pergi ke Stadium Gong Badak. Kalau anda ingin tahu, stadium ini telah runtuh. He.He.He. Tak sangka stadium yang telah runtuh pun boleh dijadikan tempat pelancongan. Mereka patut tukarkan namanya daripada Stadium Gong Badak ke 'Stadium Runtuh' (Main-main saja. Jangan marah ya).

3 buah bas di Stadium Gong Badak.

Kemudian kami pergi ke Pantai Batu Buruk. Kami pergi ke sana cuma sekejap saja. Kemudian kami pergi ke Alfa Batik. Mereka tunjukkan cara-cara untuk membuat batik. Kemudian, kami pergi ke ruang cenderamata untuk membeli sesuatu sebagai kenang-kenangan. Eh?Bukankah aku akan tinggal di Terengganu. Kenapa aku nak beli barang sebagai kenang-kenangan? Ah!Tak kisahlah. Selepas itu, kami pergi ke pasar. Di sanalah aku berpisah dengan mereka.

Berada di Pantai Batu Buruk.


Mengecop batik.


Berada di bahagian cenderamata.
Di pasar.

Semoga kita akan berjumpa lagi. Insyaallah.

No comments: