Hari ni kami sekeluarga pergi jemput Abg Khairul balik rumah di Kelantan. Kalau x dia balik naik bas tapi kali ni kami jemput sbb barang-barang yg hendak dibawa balik oleh nya banyak. Jadi, hari ni kami bangun awal iaitu pada pukul 4.00 a.m. Bertolak ke sana pulak pada pukul 5.00 a.m. Dlm perjalanan ke sana kami ada jugak tengok kesan-kesan banjir yg berlaku di sana pada minggu lepas. Sempat jugak kami ambik beberapa gambar.
Kami semua sampai di sekolah Abg Khairul pada pukul 11.00 a.m. Terkurung la kami di dlm kereta selama 6 jam. Masa sampai di sana aku tolong abg aku angkat barang-barangnya. Lepas tu kami pergi rumah Cik Jah pulak. Rehat sekejap lepas tu terus bertolak pulang. Tapi kami terjumpa seorg bayi. Rasanya macam pernah jumpa la tapi di mana ya?
2 comments:
Salam Hafizul,
Gambar cucu paklong tu, paklong dah curi. Terima kasih. Curi gambar cucu sendiri, berdosa tak?
Wa'alaikumussalam Paklong,
Tak berdosa pun Paklong. Lagipun Hafiz tak rugi apa pun. Sebenarnya ada lagi gambar lain yang dia dah bangun, sedang main dengan kami. Takut nanti kena curi lagi.
Post a Comment