Hari ini ibu buat 'mesyuarat keluarga' tanpa abah sebab abah pergi kerja. Lama betul. Dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi. Sejam kami semua bersila kecuali ibu. Rasa lenguh jugak la kaki ni. Lama sangat bersila. Fawwaz tu tak lengah la sebab dia cuma baca buku cerita saja. Boleh la dia bertinggung sana, bertinggung sini. Syok la dia tu. Macam-macam ibu cakap. Mula-mula rukun iman lepas tu apa itu amalan yang mulia ke contoh-contoh ke maksudnya dan lain-lain lagi (sebenarnya banyak lagi tapi aku tak nak tulis. Nanti penuh dengan ke situ, ke sini sajalah. Orang yang baca jugak yang pening). Kadang-kadang gelak, kadang-kadang serius, kadang-kadang merajuk. Kalau kita nak cakap orang lain menyampuk pulak. Kena la bersabar tunggu orang lain habis bercakap, barulah kita boleh sambung balik apa yang kita nak katakan. Yang jadi mangsa utama Kak Najah. Nak cakap contoh menepati mangsa orang lain pulak yang menyampuk. Kesiannya Kak Najah. Tapi dia diam saja. Kiranya dia bersabar la tu.
2 comments:
Salam Hafizul,
Wuii, cantiknya gambar kartun kat atas tu. Tulisan Jepun ke tu?
Apa kata kalau Hafizul sendiri lukis kartun, pas tu letak kat atas tu ganti kartun Jepun. Lagi original, pasal lukisan sendiri. Ciptaan sendiri kan lebih baik!?
Salam paklong pada semua ye!
Waalaikumussalam Paklong,
Terima kasih, tapi Hafiz tak pandai melukis. Abang Khairul yang pandai melukis. Maaf la ye.
Kirim salam pada semua juga ye.
Post a Comment