Wednesday, December 17, 2008

Kelantan Dan Terengganu

KELANTAN


Hari Isnin yang lepas kami bangun awal untuk bertolak ke Kelantan. Kami menginap di P.C.B Resort. Lama juga kami tak pergi di sana. Kalau tak kami nak pergi shopping di Pasar Siti Khadijah sebelum pergi ke P.C.B Resort, tapi hujan pulak. Jadi kami semua pergi terus ke P.C.B Resort untuk tempah sebuah chalet. Lepas tu kami pergi ke sebuah kedai makan di tepi pantai. Pada malam tu kami pergi jalan-jalan di tepi pantai. Ombaknya punya la kuat. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan masa hari kiamat nanti

Esok pagi kami pergi jalan-jalan di tepi pantai sekali lagi. Aku mengambil peluang untuk mengutip cengkerang. Ombak masih lagi kuat macam malam tadi. Tak dapat la kami mandi laut hari ni. Tapi kami cuma duduk atas batu. Bagi kena air laut sikit-sikit. Lepas tu kami pergi mandi kolam. Seronok betul. Kali ni ibu dengan abah tak turun ke dalam kolam. Abang dengan adik aku berlatih berenang. Aku pulak sibuk basuh cengkerang yang aku kutip di tepi pantai tadi. Tapi mandi jugak la. Takkan basuh cengkerang saja kot.

Lepas habis mandi di kolam kami pergi mandi di chalet pulak. Lepas habis mandi kami kemas semua barang sebab kami nak sambung perjalanan ke Terengganu. Sebelum bertolak kami sempat pergi shopping di Pasar Siti Khadijah. Kami beli barang sebagai kenangan. Aku dengan abang aku dapat jersi bola sepak. Aku dapat jersi bola sepak Chelsea.

TERENGGANU

Kali ni kami menginap di Chalet Aneez pulak, berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Senang la kami nak pergi hantar abah ke sana sebab abah ada interview esok. Kami pergi ke tepi pantai sekejap. Ombaknya kurang kuat dari ombak di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Kami buat macam-macam aktiviti. Tapi aku rasa tak berapa seronok sangat pun.



Keesokan hari, kami semua hantar abah ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Masa abah keluar dari kereta Fawwaz pulak mula menangis sebab nak ikut abah. Lepas tak nampak kelibat abah, kami pergi merayau-rayau di sana sekejap.

Lama jugak kami tunggu abah telefon ibu di chalet. Pada pukul 11.30 a.m. , kami pergi ke UMT untuk menjemput abah pulang. Masa sampai di depan pagar, Fawwaz sambung menangis balik. Pelik bin ajaib. Lepas tu kami bertolak pulang ke rumah.

BERTOLAK KE RUMAH

Masa bertolak ke rumah la yang paling aku benci sebab kami kena lalu di banjaran. Pening kepala aku dibuatnya. Jadi aku tidurlah sebab takut nanti nak termuntah pulak. Macam dulu masa nak hantar Abang Khairul ke sekolah. Aku termuntah di dalam kereta Pesona.Masa aku terbangun dari tidur kami berada di kedai. Abah dengan ibu nak beli buah-buahan.

Masa di dalam perjalanan pulang kami berjumpa dengan pakcik sekeluarga sekejap. Masa tu aku dengan kakak aku tengah pening kepala. Seronok la Fawwaz sebab dapat berjumpa dengan Ikhwan. Fawwaz memang rapat dengan Ikhwan dan Naki sejak dulu lagi. Amirul dengan Faisal tak ikut Pakcik pergi ke Kuala Terengganu. Masa nak sambung bertolak pulang aku sambung tidur sebab pening kepala sehingga sampai di rumah.

No comments: