AL-KISAH H.K.
Kisah-kisah seorang pelajar yang normal
Tuesday, February 21, 2012
Kembalinya Seorang Hamba
Wednesday, December 21, 2011
Gotong-Royong
Hari ni kami berada di tanah kelahiran kami iaitu Jitra, Kedah Darul Aman. Kami baru tiba di sini pada minggu lepas, hari Jumaat, lebih kurang pukul 1.45 pagi...masuk hari ni, sudah 6 hari kami berada di dalam 'Mangkuk Padi' ni...Beberapa hari yang lepas, kami sudah mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan rumah yang bernombor 204 ni...Dimulakan dengan mencabut rumput di belakang rumah, mengelap cermin (paling susah & paling 'memalaskan'), sapu halaman rumah (paling mudah & paling 'mengenjoykan' diriku), dan macam-macam lagi and hari ini aku baru selesai mencabut rumput kecil di keliling pagar rumah kami...pasni kami sambung buat kerja kami...
Monday, October 11, 2010
Dah Nak Gi Dah...
Insyaallah, esok petang, Ibu & Abah akan menghantar aku ke sekolah di Kelantan. Tolong doakan keselamatan kami ye...

Logo MTST yang lama

Logo MTST sekarang

PK HEM MTST: Ustaz Silmi
Monday, September 6, 2010

Hari ini, kami akan pulang ke kampung. Tapi sebelum itu, kami kena pergi jemput Khairul di Kelantan dulu. Lepas tu, barulah kami bertolak straight ke kampung. Doakanlah keselamatan untuk kami ya. Insyaallah, kami akan mendoakan untuk anda juga. Akhir kata daripada diriku sebagai penulis diari ini ingin ku ucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI,
MAAF ZAHIR & BATIN.
ASSALAMUALAIKUM WA RAHMATULLAHI WA BARAKATUHU WA MAGHFIRATUL WA RIDHWAN!!!
Wednesday, August 11, 2010
Ramadhan Datang Lagi!!!
Assalamualaikum kepada para pembaca yang beagama Islam. Jagalah puasa anda dalam bulan Ramadhan ini. Janganlah lakukan 10 perkara yang boleh membatalkan puasa anda.
PERKARA-PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA
17. Apakah perkara-perkara yang membatalkan puasa?
Perkara-perkara yang membatalkan puasa adalah seperti berikut:
Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan yang terbuka dengan
sengaja, kecuali kerana darurat yang berkaitan dengan kesakitan. (Sila rujuk
soalan 22 dan 23) Makan, minum dan merokok membatalkan puasa. Adapun
suntikan ubatan tidak membatalkan puasa.
- Muntah dengan sengaja
- Mengeluarkan air mani
- Melakukan jimak (hubungan seks) pada siang hari
- Kedatangan haidh, nifas atau kelahiran bagi wanita
- Menjadi gila
- Pitam sepanjang hari
- Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
- Murtad, iaitu keluar dari agama Islam
18. Adakah mimpi sehingga keluar air mani membatalkan puasa?
Hadas besar yang disebabkan mimpi tidak membatalkan puasa, sama ada ianya
berlaku sebelum atau selepas waktu sahur. Orang yang berhadas tersebut boleh
meneruskan puasanya. Yang perlu hanyalah mandi junub.
19. Saya telah bermimpi sehingga mengeluarkan mani pada siang
hari bulan Ramadan, kemudian saya mandi junub. Adakah mandi
junub tersebut membatalkan puasa saya?
Bermimpi sehingga mengeluarkan mani dan mandi junub tidak membatalkan
puasa. Malahan, sekiranya termasuk air ke dalam telinga atau tertelan air
ketika berkumur-kumur (sewaktu mengambil wuduk atau mandi) puasa tidak
terbatal kerana ia dikira tidak sengaja. Sabda Rasulullah S.A.W yang
bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengampuni umatku yang tersilap, terlupa
atau dipaksa melakukan sesuatu.” (Riwayat At-Tabarani)
20. Ada yang mengatakan berkumur-kumur dan memasukkan air
ke dalam hidung menjejaskan puasa seseorang. Sejauh manakah
kebenaran pendapat ini?
Berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk adalah
sunat. Bagi orang yang berpuasa pula, maka tidak boleh berkumur-kumur dan
memasukkan air ke dalam hidung dengan berlebihan. Sekiranya seseorang
berwuduk dengan tidak kelebihan dan air itu termasuk ke dalam kerongkong,
maka puasanya tetap sah. (Sila rujuk soalan 19). Samalah keadaannya jika
dimasuki debu jalanan, debu tepung atau lalat yang terbang masuk ke dalam
kerongkong. Semua ini dimaafkan kerana tidak sengaja. Namun, jika seseorang
berkumur-kumur dengan berlebihan, ia boleh menyebabkan air masuk ke dalam
kerongkong, dan jika ini berlaku, maka puasanya batal.
21. Adakah seseorang yang sedang berpuasa itu boleh melakukan
sukan renang?
Berenang boleh menyebabkan masuknya air ke dalam hidung dan/atau telinga
perenang. Jika air memasuki badan cara sedemikian, adalah batal puasa
seseorang. Dengan ini, sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang berpuasa
dinasihatkan agar tidak berenang di siang hari Ramadan untuk mengelakkan
dari terbatalnya puasa. (Sila rujuk soalan 20)
22. Apakah hukum menggunakan inhaler (bagi pesakit semput)
ketika berpuasa?
Antara perkara yang membatalkan puasa ialah kemasukan sesuatu ke dalam
badan melalui rongga yang terbuka. Namun, kemasukan seuatu bahan seperti
ubat inhaler di atas dasar darurat, yang berkaitan dengan kesukaran bernafas,
dibolehkan syara’. Oleh yang demikian, penggunaan inhaler yang berpatutan
tidak membatalkan puasa.
23. Adakah suntikan “insulin” membatalkan puasa?
Suntikan insulin bagi pesakit kencing manis tidak membatalkan puasa. Ini
adalah kerana suntikan tersebut bukanlah melalui rongga yang terbuka dan
tidak pula memberi sebarang kekenyangan atau kepuasan kepada si pesakit.
24. Saya pernah terdengar bahawa jikalau seseorang itu
berpuasa, dia dilarang ‘membersihkan’ telinga atau hidungnya.
Samada menggunakan cotton bud ataupun jari. Kerana perbuatan
itu akan membatalkan puasanya. Adakah benar?
Di antara sebab batal puasa adalah memasukkan sesuatu ke dalam rongga
badan yang terbuka dengan sengaja. Membersihkan telinga atau hidung tidak
semestinya membatalkan puasa. Ia dibolehkan dengan kadar yang sederhana
dan berhati-hati. Contohnya, membersihkan telinga di kawasan yang tidak
terlalu dalam. Namun, jika anda merasa ragu-ragu sekiranya perbuatan anda
boleh membatalkan puasa, maka jangan lakukan dan bersihkanlah telinga dan
hidung di waktu malam.
25. Adakah boleh saya menderma darah sewaktu berpuasa?
Menderma darah di dalam kuantiti yang sederhana dibolehkan dan tidak
membatalkan puasa. Namun, pendermaan yang terlalu banyak sehingga
menyebabkan kelemahan pada tubuh badan, sehingga tidak dapat menjalani
ibadat puasa dengan baik, tidak digalakkan sama sekali.

Wednesday, June 16, 2010
Kejayaan Fikri Dan Rakannya
Alhamdulillah, pada hari ini, Fikri dan rakan seperjuangannya telah berjaya meraih kejayaan dengan mengalahkan pihak lawan dari negeri Pulau Pinang dengan mata 21-? (bawah 10) dan 21-13 (kalau tak silap) dalam sukan badminton. Masa kami sampai di sana, Fikri dan rakannya sedang bertarung habis-habisan dengan pihak lawan untuk meraih kemenangan dalam pusingan kedua. Pusingan pertama kami telah terlepas. Biarlah. Masa tidak boleh diputar. Itulah. Orang dah kata, "Masa itu emas," tapi Encik Krab pula cakap, "Masa itu duit," tapi sama jugalah tu. Cuma nilai emas dan duit yang berbeza. Emas lebih mahal daripada duit (kot/mungkin). Biarlah! Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada Fikri dan rakannya. Esok, semua peserta akan pulang ke negeri masing-masing. Tolong kirim salam kepada keluarga masing-masing.
Tuesday, June 15, 2010
Ada Tetamu Lagi...
Sekarang ni, rumah kami telah didatangi oleh beberapa orang tetamu lagi. Kali ini, mereka ialah rakan-rakan ibu aku. Aku tak tahu sama ada mereka ialah kawan-kawan lama atau kawan-kawan baru ibu aku. Sekarang, mereka sedang berbual. Wah, hampir sejam dah mereka berbual! Baru tadi abah dah pulang. Selamat pulang ke rumah! Ibu kata, insyaallah rancangan kami untuk pulang ke kampung pada malam ini dibatalkan kerana ada banyak kerja di rumah.
Subscribe to:
Posts (Atom)