Monday, November 30, 2009

Menyertai Rombongan Sekolahku Di Terengganu

23 November 2009:

Aku dengan keluarga (kecuali abah) pergi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk berjumpa dengan rombongan sekolahku. Sepanjang lawatan mereka di Terengganu, mereka menginap di asrama di UMT. Masa tu mereka dah selesai makan sarapan pagi dah. Kami pulak enjoy makan sarapan pagi jugak. Kami tak makan lagi tau.

Lepas habis makan, mereka pergi ke asrama untuk meletak barang-barang mereka. Satu bilik dua orang. Sementara menunggu mereka siap kemas barang, mandi, dan lain-lain lagi, kami pulang dulu ke rumah sewa kami untuk mengambil barang-barang yang sepatutnya. Kemudian kami pergi ke UMT semula.

Selepas lebih kurang 30 minit menunggu mereka di tempat masuk Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, barulah mereka tiba. Sebelum mereka masuk ke dalam library, mereka buat barisan dahulu. Aku pun kena join mereka jugak. He.He.He. Free saja. Tak payah bayar. Selamat duit kami. Macam-macam aku tengok di sana. Contohnya...........Ah! Malaslah mau cerita! Macam-macam ada.



Selepas makan tengah hari, kami pergi ke pelbagai tempat. Tapi, aku dah lupa dah nama tempatnya. Kalau tak silap aku, muzium, tempat jenis-jenis masjid, masjid kristal dan......Alamak! Lagi satu tempat pun aku dah terlupa. Dipendekkan cerita, kami pulang ke UMT pada waktu malam (selepas waktu Isyak). Selepas makan malam, kami pulang ke rumah sewa kami. Yang lelaki naik kereta Persona manakala yang perempuan naik kereta Unser.


24 November 2009:
Aku dengan keluarga (kecuali abah) pergi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hari ini kami datang lewat sangat sebab mereka bukan sahaja dah habis makan tapi mereka dah naik bas! Tapi, tak apalah. Bolehlah kami makan dulu. (Terdapat beberapa ayat yang sama dengan beberapa ayat yang terdapat di perenggan pertama).

Lepas habis makan, kami ikut mereka pergi melawat ke beberapa tempat. Tapi kali ini, kami tak naik bas, naik kereta kami sendiri. Mula-mula, kami pergi ke Stadium Gong Badak. Kalau anda ingin tahu, stadium ini telah runtuh. He.He.He. Tak sangka stadium yang telah runtuh pun boleh dijadikan tempat pelancongan. Mereka patut tukarkan namanya daripada Stadium Gong Badak ke 'Stadium Runtuh' (Main-main saja. Jangan marah ya).

3 buah bas di Stadium Gong Badak.

Kemudian kami pergi ke Pantai Batu Buruk. Kami pergi ke sana cuma sekejap saja. Kemudian kami pergi ke Alfa Batik. Mereka tunjukkan cara-cara untuk membuat batik. Kemudian, kami pergi ke ruang cenderamata untuk membeli sesuatu sebagai kenang-kenangan. Eh?Bukankah aku akan tinggal di Terengganu. Kenapa aku nak beli barang sebagai kenang-kenangan? Ah!Tak kisahlah. Selepas itu, kami pergi ke pasar. Di sanalah aku berpisah dengan mereka.

Berada di Pantai Batu Buruk.


Mengecop batik.


Berada di bahagian cenderamata.
Di pasar.

Semoga kita akan berjumpa lagi. Insyaallah.

Friday, November 20, 2009

Selamat Tinggal Kedah Darul Aman!!!

Hari ini, kami semua sangat sibuk untuk mengemaskan barang-barang di rumah kami. Macam-macam barang kami kemaskan. Kemas mainan, lipat pakaian, kemas bilik, cuci pakaian, dan lain-lain lagi.Biasalah. Keluarga yang hendak berpindah ke tempat lain pasti sibuk. Sekarang, keluargaku telah lengkap dengan kehadiran Abang Khairul. Ringanlah jugak beban kami semua untuk mengemaskan rumah. Awal pagi besok, kami semua akan bertolak ke Terengganu. Tapi, kami tak bawa semua barang lagi. Kami semua cuma bawa barang-barang keperluan saja seperti pakaian, tuala, dan lain-lain lagi. Sebagai bahan hiburan, kami bawa PS2 ke sana jugak. Aku akan rindukan Kedah.

Farewell, Kedah Darul Aman!!!

Saturday, November 7, 2009

Majlis Sah Khatam Al-Quran & Hari Terbuka SRIDA

Alhamdulillah. Tahun ini, kami (pelajar-pelajar SRIDA tahun 6) telah disahkan khatam al-quran. Hari ini, ibu hantar aku dengan Fatih ke sekolah. Fatih datang tidur di rumah aku semalam sebab ibunya tidak dapat hantar Fatih ke sana kerana beliau mengadakan rombongan. Semua keluarganya turut serta. Mula-mula, kami berlatih untuk kali terakhir sebelum majlis dimulakan. Setelah majlis dimulakan, Ketua Sekolah dan Tok Syeh mana ntah berucap. Yang aku tak tahan masa tok syeh tu berucap. Sejam lebih tau! Banyak pelajar lelaki dah jadi gila termasuklah aku. Memang takleh tahan. Nasib baik aku takde bazooka. Kalau tak, tak taulah. Lepas tu, baru kami naik untuk baca quran. 4 orang guru lelaki turut naik jugak. Mereka ialah Ustaz Abdullah, Ustaz Najidi, Ustaz Fakhroarrazi, dan Ustaz Roswadi. Lebih kurang selepas 30 minit, kami selesai baca kesemua. Kemudian, kami turun masuk ke bilik. Selepas itu, kami naik ke atas pentas semula untuk menerima cenderahati. Selepas makan sepinggan nasi di Hari Terbuka SRIDA, kami pulang ke rumah.