Sunday, December 27, 2009

Kembali Ke Kedah

Alhamdulillah. Semalam, kami kembali ke Kedah semula. Tapi, kami datang ke ini bukan untuk berseronok tau. Kami ke sini kerana ada kerja. Kalau tak, semalam kami rancang untuk tidur di rumah lama kami. Tapi ada lagi keluarga yang menumpang rumah kami. Maka, kami terpaksa tidur di tempat lain. Kalau tak silap aku, Taman Siswa kot. Kami semua tidurlah di sana. Pada keesokan harinya, kami bersiap untuk betolak ke Maktab Mahmud untuk selesaikan kerja ibu & abah. Namun, rupa-rupanya hari ini mereka bercuti. Di SRIDA pun ramai manusia jugak. Ayoyo. Balik ke Terengganu esoklah jawabnya.

Saturday, December 19, 2009

Paknjang Sakit

Sekarang kami (kecuali Abah dan Abang Khairul) menumpang di rumah Cik Erie yang baru di Selangor. Pada mulanya, kami menumpang di rumah Paklong, kemudian rumah Makteh, seterusnya rumah Tok, rumah Paklong, dan yang terakhir ialah rumah Cik Erie.

Sebelum kami pergi ke rumah Paklong, kami pergi ke hospital dulu kerana Paknjang dimasukkan ke dalam wad. Beliau sakit. Innalillahiwainnailaihiraaji'un. Kesian. Kami ingin pergi menziarahinya, namun guard cakap cuma orang 12 tahun dan ke atas sahaja boleh masuk ke dalam wad. Ini bermakna, Icah dengan Fawwaz tak boleh masuk ke dalam. Abah tak masuk untuk menjaga mereka. Bila kami tiba di sana, kami ternampak Cik Erie berada di sebelah katil Paknjang. Selepas 5 minit, aku dengan Kak Najah minta izin daripada Ibu untuk keluar lalu Ibu membenarkannya.

Kami jumpa Abah, Icah dan Fawwaz di sebuah cafe. Abah suruh kami jaga Fawwaz sebab Abah nak pergi ziarah Paknjang. Masa tu la kami rasa bosan sangat. Selepas 1 jam (kot), Cik Erie dan abah turun. Kemudian kami pergi bermain di taman permainan. Pada pukul 7.30 p.m, kami pulang ke rumah Paklong.

Monday, November 30, 2009

Menyertai Rombongan Sekolahku Di Terengganu

23 November 2009:

Aku dengan keluarga (kecuali abah) pergi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT) untuk berjumpa dengan rombongan sekolahku. Sepanjang lawatan mereka di Terengganu, mereka menginap di asrama di UMT. Masa tu mereka dah selesai makan sarapan pagi dah. Kami pulak enjoy makan sarapan pagi jugak. Kami tak makan lagi tau.

Lepas habis makan, mereka pergi ke asrama untuk meletak barang-barang mereka. Satu bilik dua orang. Sementara menunggu mereka siap kemas barang, mandi, dan lain-lain lagi, kami pulang dulu ke rumah sewa kami untuk mengambil barang-barang yang sepatutnya. Kemudian kami pergi ke UMT semula.

Selepas lebih kurang 30 minit menunggu mereka di tempat masuk Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, barulah mereka tiba. Sebelum mereka masuk ke dalam library, mereka buat barisan dahulu. Aku pun kena join mereka jugak. He.He.He. Free saja. Tak payah bayar. Selamat duit kami. Macam-macam aku tengok di sana. Contohnya...........Ah! Malaslah mau cerita! Macam-macam ada.



Selepas makan tengah hari, kami pergi ke pelbagai tempat. Tapi, aku dah lupa dah nama tempatnya. Kalau tak silap aku, muzium, tempat jenis-jenis masjid, masjid kristal dan......Alamak! Lagi satu tempat pun aku dah terlupa. Dipendekkan cerita, kami pulang ke UMT pada waktu malam (selepas waktu Isyak). Selepas makan malam, kami pulang ke rumah sewa kami. Yang lelaki naik kereta Persona manakala yang perempuan naik kereta Unser.


24 November 2009:
Aku dengan keluarga (kecuali abah) pergi ke Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Hari ini kami datang lewat sangat sebab mereka bukan sahaja dah habis makan tapi mereka dah naik bas! Tapi, tak apalah. Bolehlah kami makan dulu. (Terdapat beberapa ayat yang sama dengan beberapa ayat yang terdapat di perenggan pertama).

Lepas habis makan, kami ikut mereka pergi melawat ke beberapa tempat. Tapi kali ini, kami tak naik bas, naik kereta kami sendiri. Mula-mula, kami pergi ke Stadium Gong Badak. Kalau anda ingin tahu, stadium ini telah runtuh. He.He.He. Tak sangka stadium yang telah runtuh pun boleh dijadikan tempat pelancongan. Mereka patut tukarkan namanya daripada Stadium Gong Badak ke 'Stadium Runtuh' (Main-main saja. Jangan marah ya).

3 buah bas di Stadium Gong Badak.

Kemudian kami pergi ke Pantai Batu Buruk. Kami pergi ke sana cuma sekejap saja. Kemudian kami pergi ke Alfa Batik. Mereka tunjukkan cara-cara untuk membuat batik. Kemudian, kami pergi ke ruang cenderamata untuk membeli sesuatu sebagai kenang-kenangan. Eh?Bukankah aku akan tinggal di Terengganu. Kenapa aku nak beli barang sebagai kenang-kenangan? Ah!Tak kisahlah. Selepas itu, kami pergi ke pasar. Di sanalah aku berpisah dengan mereka.

Berada di Pantai Batu Buruk.


Mengecop batik.


Berada di bahagian cenderamata.
Di pasar.

Semoga kita akan berjumpa lagi. Insyaallah.

Friday, November 20, 2009

Selamat Tinggal Kedah Darul Aman!!!

Hari ini, kami semua sangat sibuk untuk mengemaskan barang-barang di rumah kami. Macam-macam barang kami kemaskan. Kemas mainan, lipat pakaian, kemas bilik, cuci pakaian, dan lain-lain lagi.Biasalah. Keluarga yang hendak berpindah ke tempat lain pasti sibuk. Sekarang, keluargaku telah lengkap dengan kehadiran Abang Khairul. Ringanlah jugak beban kami semua untuk mengemaskan rumah. Awal pagi besok, kami semua akan bertolak ke Terengganu. Tapi, kami tak bawa semua barang lagi. Kami semua cuma bawa barang-barang keperluan saja seperti pakaian, tuala, dan lain-lain lagi. Sebagai bahan hiburan, kami bawa PS2 ke sana jugak. Aku akan rindukan Kedah.

Farewell, Kedah Darul Aman!!!

Saturday, November 7, 2009

Majlis Sah Khatam Al-Quran & Hari Terbuka SRIDA

Alhamdulillah. Tahun ini, kami (pelajar-pelajar SRIDA tahun 6) telah disahkan khatam al-quran. Hari ini, ibu hantar aku dengan Fatih ke sekolah. Fatih datang tidur di rumah aku semalam sebab ibunya tidak dapat hantar Fatih ke sana kerana beliau mengadakan rombongan. Semua keluarganya turut serta. Mula-mula, kami berlatih untuk kali terakhir sebelum majlis dimulakan. Setelah majlis dimulakan, Ketua Sekolah dan Tok Syeh mana ntah berucap. Yang aku tak tahan masa tok syeh tu berucap. Sejam lebih tau! Banyak pelajar lelaki dah jadi gila termasuklah aku. Memang takleh tahan. Nasib baik aku takde bazooka. Kalau tak, tak taulah. Lepas tu, baru kami naik untuk baca quran. 4 orang guru lelaki turut naik jugak. Mereka ialah Ustaz Abdullah, Ustaz Najidi, Ustaz Fakhroarrazi, dan Ustaz Roswadi. Lebih kurang selepas 30 minit, kami selesai baca kesemua. Kemudian, kami turun masuk ke bilik. Selepas itu, kami naik ke atas pentas semula untuk menerima cenderahati. Selepas makan sepinggan nasi di Hari Terbuka SRIDA, kami pulang ke rumah.

Saturday, October 17, 2009

Tasik Di Taman Tema (Sabtu)

Hari ini ialah kali ketiga aku pergi ke tasik. Tapi kali ini, ada 2 perbezaan. Pertama, ibu tak ikut sekali dengan kami sebab penat. Yang kedua pula, kami tiak berjoging hari ini. Tapi kami pergi bersiar-siar di tengah-tengah tasik dengan menaiki bot. Kami diberi masa untuk menaiki bot selama 30 minit. Abah kena bayar RM 10.00 untuk kami semua. Aik, untuk Fawwaz tak dikirakah? Untuk orang dewasa RM 4.00 dan untuk kanak-kanak pula RM 3.00. Sepatutnya RM 13.00. Ah...Tak kisahlah. Boleh jimatkan duit.

Sebelum nak naik bot, kami pakai jaket keselamatan dulu. Manalah tahu, tiba-tiba terjatuh dari bot nanti kang. Mula-mula, aku dengan abah kayuh bot tu dulu. Fuh. Seronoknya. Kali pertama aku naik bot. Kalau tak, aku nak baca doa naik kenderaan air tapi aku terlupa doanya. Fardhil pernah ajarkan doa tu ketika kami henak pergi ke Pulau Langkawi. Ayoyo. Silap tak bawa mereka pergi ke sana. Kalau tak, bolehlah kami berjoging, naik bot, pandu bully, dan lain-lain lagi (kalu bolehlah).

Masa kami sedang menaiki bot, aku dengan Icah saling tukar-tukar giliran kami untuk mengayuh bot. Nak naik bot ni rasa macam mengayuh basikal. Kami semua pergi mengelilingi pulau yang berada di tengah-tengah tasik. Masa tu, kami ternampak seekor biawak di tepi pulau tersebut. Nasib baik biawak tu tak serang kami. Kalau tak, kami dah terjun ke dalam tasik dah. Kemudian, kami pergi ke tempat air dipancutkan ke arah langit.

Kemudian, kami pergi ke tebing. Tetapi kali ni Icah tukar dengan abah pulak. Sampai di tebing, Fawwaz pergi main di taman permainan selama lebih kurang 2 minit. Kemudian kami pergi berehat di kedai. Kemudian kami pergi ke klinik untuk ambil ubat Fawwaz. Lepas tu, kami pulang ke rumah.

Friday, October 16, 2009

Tasik Di Taman Tema (Jumaat)

Alhamdulillah. Pagi tadi, abah bawa kami pergi ke sebuah tasik di Taman Tema untuk berjoging. Abah sampai di rumah semalam. Seronoknye. Masuk ni baru kali kedua aku pergi ke sana. Kesian Kak Najah dengan Abang Khairul sebab mereka tak balik ke rumah. Tempat tersebut terletak berdekatan dengan Plaza Tol (Utara). Nak pergi ke sana dari rumah kami cuma mengambil masa 5 hingga 10 minit saja. Sekejap kita boleh sampai di sana kan? Sampai di sana, aku nampak ramai orang sedang melalukan pelbagai jenis aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Ada orang sedang bersenam, bersenamrobik, berjalan, berjoging, dan lain-lain lagi. Tapi, ada satu perkara yang berlainan di antara kami dengan mereka. Mereka memakai kasut sukan manakala kami memakai kasut selipar. Tak kisahlah. Kemudian, kami terus pergi berjoging.
Tak lama kemudian, kami berhenti makan. Kami makan roti planta beserta air milo panas. Aku nampak ada 2 orang sedang memancing berdekatan dengan jambatan. Habis saja aku makan, aku terus sambung berjoging. Pandang belakang, aku nampak mereka jauh ketinggalan.Lari-lari, penat. Lari-lari penat. Sempat lagi ambil gambar mereka di belakang.Kemudian kami sambung berlari sampai jambatan. Sempat lagi kami bergaya di sana.Setelah lama berjoging, kami tiba di sebuah kedai. Fawwaz nak naik bot tapi abah cakap besok sebab ibu nak dengar ceramah. Apa lagi, menangislah dia. Kenalah abah dukung dia sampai i kereta. Kemudian, kami pulang ke rumah.

Friday, October 9, 2009

Saturday, September 26, 2009

VCD Baru



Yey.Yey. Malam tadi abah beli VCD "Geng Pengembaraan Bermula...". Tercapai juga impianku. Bolehlah aku tonton cerita ni setiap hari (kalau boleh la). Sebenarnya, kami baru sahaja tonton cerita ni di rumah Tok. VCD tu, Radhi punya. Tak syok la kalau macam tu. Tapi sekarang, we have one. Sekarang, abang Khairul dengan abah telah bertolak ke Kelantan dan Terengganu. Abang Khairul tak naik bas untuk ke sekolahnya kali ini. Abah yang hantar abang Khairul ke sekolahnya. Semoga selamat tiba di destinasi. Jangan lupa baca doa.

Friday, September 25, 2009

Gotong-Royong (11.00 a.m.)

Alhamdulillah. Selesai kerja kami. Penat jugak. Kena angkat dahan-dahan pokok mangga. Ada yang berat, ada yang ringan. Fawwaz pun turut serta menolong kami untuk mengangkat dahan-dahan pokok mangga. Tapi, dahan yang ringan-ringan saja la. Fuh...Berpeluh satu badan. Nanti kena pergi masjid untuk solat Jumaat. Ketika kami sedang sibuk bergotong-royong, baru aku perasan yang jiran pun turut memotong dan mengangkat dahan-dahan pokok mangga jugak. Tapi pokok mangga merekalah. Ingat kami saja ke yang ada pokok mangga. Mula-mula rasa malas nak bergotong-royong. Tapi, dah lama bergotong-royong, barulah rasa seronok untuk bergotong-royong. Tambahan lagi dengan kehadiran Fawwaz untuk menolong kami. Kenapa seronok Fawwaz datang tolong? Entah. Tak tahulah. Mungkin ada sebab yang aku tak tahu.

Gotong-Royong (9.40 a.m.)

Pagi ni, kami (abah, abang aku, dan aku) bergotong-royong untuk membersihkan halaman rumah. Aku dengan abang mencabut pokok-pokok lalang manakala abah memotong dahan-dahan pokok. Aduh...Penatnya. Sekarang kami sedang berehat. Ah!Abah dah panggil. Masa rehat dah tamat. Kami kena sambung kerja balik. Okey. Setakat ini sahaja dulu. Bye.

Thursday, September 24, 2009

Catatan Pada Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri

Jumaat, 18 Ogos:

Bertolak ke rumah Tok di Sekinchan, Selangor. Apabila hampir masuk waktu Maghrib, kami semua pening kepala kerana tidak tahu waktu masuk solat Maghrib di Perak, daerah Lumut. Tidak lama kemudian, kami melepasi sebuah surau. Setelah terdengar Azan berkumandang, kami terus berbuka di dalam kereta. Hanya aku dengan abang aku berbuka puasa dengan makan nasi berlauk serunding daging. He.He.He.

Selepas 4 jam 'terkurung' di dalam kereta, kami singgah di rumah Pakcik. Ketika itu, sepupu kami, Danial sedang bermain Playstation 2. Kami pun join sekalilah. Tapi, abang aku yang main dulu. Jadi, aku dengan sepupu-sepupu aku pergi main mercun dulu. Setelah habis main mercun, aku punya turn pulak untuk main game. Tapi, disebabkan adik aku, Fawwaz sedang main game ultraman masa tu, terpaksalah aku main game tu. Kalau tak, menangis la pulak dia tu. Kemudian, kami sambung perjalan kami. Setelah 2 jam berlalu, kami tiba di rumah Tok.




Sabtu, 19 Ogos:

Kami semua tonton cerita "Geng" milik Radhi. Kelakar gila! Macam-macam bunyi gelak ketawanya. "Ha!Ha!Ha! Heh!Heh!Heh! Kah!Kah!Kah!" macam tu la bunyinye. Watak utamanya ialah Badrol. Bukan Upin dan Ipin. Pada waktu tengah hari, kami ambil gambar masing-masing mengikut umur mereka yang sama. Pada waktu malam, keluarga Acik Abu Hassan dan Acik Nizam bertolak ke rumah Maklang. Sampai di sana saja aku terus tidur.

Ahad, 20 Ogos:

Pada waktu pagi, telah berlaku 'peperangan mercun'. Bang sana. Bang sini. Terbakar satu kampung nanti karang. Mampus semua. Keluarga Acik Nizam 'berlepas' lebih awal daripada kami. Kami semua tolong Maklang sediakan makanan di tingkat atas. Tapi, rasa macam baru kelip mata. Sekejap saja, makanan di atas telah dimakan. Macam sekumpulan harimau yang sedang kelaparan. Kami bawak turun segala barang jenis mak nenek dari tingkat atas. Tak rasa penat sebab aku bawak turun barang sikit saja. Ganjarannya, dapat duit raya dua kali. Kami bertolak pada waktu tengah hari. Pukul berapa? Lupa dah...Kami pergi ke rumah Acik Nizam untuk solat. Selepas solat, kami berehat sebentar di sana. Kemudian, kami pergi ke rumah nenek Radhi. Kami tak duduk lama sangat kat sana. Dalam 30 minit je. Kemudian, kami pergi beraya di beberapa rumah. Apa nama Paknjang ke Toklang ke aku dah lupa dah. Yang pasti, dua tiga buah rumah saja. Rancangan untuk ziarah rumah Paklong terpaksa dibatalkan kerana mereka tiada di rumah. Kami tiba di rumah Tok pada lewat malam.

Isnin, 21 Ogos:

Kami sekeluarga cuma terlekat kat rumah Tok. Rasa sunyi tanpa sepupu. Kalau ada Fadil (pendekkan), Radhi, Naki, Kateh, Abang Fawzan, atau lain-lain pun OK jugak. Kadang-kadang teringin jugak nak tengok cerita "Geng" sekali lagi. Sampai waktu petang, baru kami pergi beraya. Tapi, aku langsung tak ingat nama panggilan mereka. Sorang pun aku tak ingat. Ops! Tersilap pulak. Satu je ingat. Pakngah. Malam tu, kitorang tidur kat sana sebab kami dah mengantuk. Lagipun, dah tengah malam pulak tu. Apa boleh buat, tidur saja la... Kalau tak silap aku, ini kali kedua kami tidur di rumah Pakngah.

Selasa, 22 Ogos:

Huargghhh!!! Mangantuk betul. Masa tu la aku mula jadi sibuk untuk cari cermin mata aku. Tapi sekejap saja. Sebab aku jumpanya di dalam kereta. Setelah lama kami berada di sana, kami bertolak ke rumah Tok. Sebelum tu, kami pergi ke sebuah kedai yang berdekatan dengan sebuah stadium untuk beli ikan. Kemudian, kami pulang ke rumah Tok.

Setelah tiba di rumah Tok, kami bawa masuk samua barang yang telah dibeli. Kalau tak, kami sudah bertolak ke rumah Pakteh di Perak. Tapi, kami tunggu Kak Esah, Makteh, dan lain-lain tiba di rumah Tok. Kami bertolak ke Perak pada pukul 2 petang. Pada waktu itulah baru Paktam tiba.


Kami tiba di rumah Makngah pada waktu maghrib. Waktu tu, ramai cucu-cucunya ada di sana. Seronok. Tapi, yang aku benci ialah masa mereka main mercun. Main mercun baling kat orang lain. Bahaya betul. Masa tu, Paktam akan balik ke KL. Aku dengan Fawwaz pergi ke rumah Pakteh dengan menaiki motor Pakteh. Selepas solat, kami main mercun.

Rabu, 23 Ogos:

Pada waktu pagi, kami main sedikit mercun dan bunga api. Masa takde sepupu, di rumah Pakteh, kami cuma layan Astro saja la. Pada waktu petang, kami pulang ke rumah. Sebelum kami bertolak pulang, kami ziarah rumah Maklang dahulu.

(Catatan di atas sebenarnya telah diringkaskan)

Saturday, September 12, 2009

Gambar Bercuti Bersama Keluarga Sepupu

Alhamdulillah...Akhirnya jumpa jugak gambar aku sekeluarga sedang bercuti di ladang teh di Cameron Highland, Pahang bersama keluarga sepupu aku sebelah abah. Aku jumpa gambar ni di dalam blog abah aku. Kejayaan tidak akan datang tanpa usaha kita yang bersungguh-sungguh. Ingat! Usaha itu ialah tangga kejayaan.

Semangat Untuk Beraya

Baru tadi, aku dah masukkan lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri ke dalam MP4 aku. Cuma 2 lagu saja. Nama lagu-lagu tersebut ialah "Balik Kampung" dan "Suasana Hari Raya". Tapi, mungkin ramai orang yang tak nak dengar lagu-lagu tersebut. Lagu-lagu yang dah lapuk la orang katakan. Tak kisahlah. Yang penting, semangat untuk beraya tu mesti ada sebab seminggu saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Buat Atau Tak Buat Biskut Atau Kuih Raya?

Aduhai...Baju raya Icah belum siap lagi. Nampak gayanya, lama lagilah nak buat biskut atau kuih raya. Ataupun tahun ni tak sempat nak buat kuih raya. Hah! Tak dapat buat kuih raya! Tak seronoklah kalau macam tu. Tak ada biskut atau kuih raya buatan sendiri. Lepas ni, kalau Ibu nak buat kuih raya, aku akan tolong tak kira masa. Lepas balik dari surau ke, lepas selesai buat kerja sekolah ke, atau bila-bila masa saja aku akan tolong. Insyaalah.

Friday, September 11, 2009

Hari Raya Pada Tahun Lepas


Minggu depan, semua umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Wah...Tak sabar rasanya. Sekarang, Ibu sedang menjahit baju raya untuk adik perempuan aku, Nasriyah. Insyaallah, lepas siap jahit baju, buat kuih atau biskut raya. Bukan buat sekarang, tapi buat pada hari yang seterusnya. Gambar di atas ialah gambar satu keluarga berkumpul pada awal Hari Raya pada tahun lepas.

Kenangan Manis

Oh....Aku terasa tersangat rindu akan kenangan lama dahulu. Rumah sewa, Changlon, melancong ke Melaka, naik LRT, KLCC, Petrosains, dan lain-lain lagi. Namun, kenangan manis paling aku rindu ialah pergi melancong ke Cameron Highland bersama keluarga sepupu belah ayah aku iaitu keluarga Amirul. Saat-saat 2 keluarga pergi melancongbersama masih berada di dalam ingatan aku. Entahlah orang lain masih ingat tentang perkara ni atau tidak. Banyak tempat kami pergi. Gambar di atas menunjukkan gambar kami di Cameron Bharat Plantations.



Saturday, August 29, 2009

Assalamualaikum Abah


Ah! Pada 2 September nanti, abah akan pulang ke rumah. Setiap kali Fawwaz telefon abah, mesti dia kata macam ni, "Abah, bila nak balik?". Sesiapa yang tak tahu makna rindu, inilah makna rindu. Wah, nampak gayanya Fawwaz sangat rindu akan ayahnya yang menetap di Terengganu. Nanti, bolehlah Fawwaz cakap macam ni, "Yey! Yey! Abah dah balik," (rasanya).

Welcome home Daddy!

Ramadhan


Masuk hari ini ialah hari ke-7 orang-orang Islam berpuasa di bulan Ramadhan. Hari pertama berpuasa memang rasa lapar sikit, tapi pada hari-hari seterusnya dah biasa. Walaupun kelmarin kami hanya bersahur kurma, 1 per 10 daripada satu pizza dan secawan air kosong kerana terjaga lewat, kami tetap dapat bertahan. Tak sabar nak tunggu Hari Raya Aidilfitri. Sehingga hari ini, aku cuma dapat enjoy dua perbuatan yang berkaitan dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri iaitu mendengar lagu-lagu Hari Raya Aidilfitri dan menonton CD membuat kuih raya. Takpe...Nanti dah nak dekat Hari Raya, bolehlah aku tolong ibu buat kuih-muih.

Kuih apa pun aku layan (rasanya). But, what I like...No, the most I like is......

Tak payahlah tulis nama kuih tu. Dah ada dah namanya di atas gambar.

Ada satu permainan yang aku suka main sempena Hari Raya. Bukan aku sorang, beradik aku, sepupu aku, tak...Hampir semua kanak-kanak di Malaysia. Tak payah susah-susah aku nak taip aktivitinya. Tengok gambar di bawah pun dah tahu. Tapi, tak payah gambar pun takpe.

Friday, August 7, 2009

Kelebihan Komputer Riba Muslimat


Ha.Ha.Ha. Kesian Fawwaz. Nak rakam movie power rangers sendiri dalam komputer riba muslimat ibu pun tak boleh. Hal ini kerana dia tidak tahu cara-cara untuk rakam movie. Komputer muslimat ibu ni ada kelebihan untuk merakam. Banyak movie yang dirakam oleh Abang Khairul, Icah, dan Kak Najah. Tadi, aku ajak Icah tonton movie yang telah dirakam. Ibu yang kebetulan duduk di sebelah kami, pun tonton sekali dengan kami. Lepas kami semua tonton semua movie yang dirakam oleh Abang Khairul, ibu delete semua movie. Eh, sekarang ni keluarga Cik Erie dah pindah ke rumah baru mereka ke belum? Kalau nak tahu, tanyalah sendiri kat Paklong.

Ops. Banyak tulis movie la pulak. Jumlah movie yang taip ialah sebanyak 6 perkataan.

Solat Jumaat

Fuh...Lebat betul hujan masa nak pergi ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat tadi. Selalunye kami pergi ke masjid menaiki motor tetapi kali ini kami terpaksa naik kereta. Masa kami nak sembahyang, aku terlihat banyak saf yang tidak dipenuhi oleh makmum di belakang. Selalunye penuh. Rasanya ramai orang yang tak datang sebab hujan terlalu lebat. Yelah...Susah nak pergi ke sana dengan menaiki kenderaan.

Thursday, August 6, 2009

Kumpulan Keluarga Tidak Sempurna

Kali ini, peratus keluarga 'Tunku' Abu Hassan berkumpul adalah 70% sahaja. Hanya tinggal 30% (rasanyalah) lagi nak jadi 100%. Sebabnya ialah Abang Khairul tak balik dan Kak Najah pulak ada di asrama. Esok pagi baru jadi 85% keluarga beliau berkumpul. Ha' ala...Ibu cakap abah dengan Abang Khairul balik ke rumah bersama-sama. Alahai...

Saturday, August 1, 2009

Tak Adil La Macam Ni


Ha'ala...Pak Long ni. Syarat ketat sangat laa... Tak adil la kalau macam ni. Kalau tak, dah licin dah sebuah buah-buah anggur dan pokoknya sekali kami kebas.

Friday, July 17, 2009

Keluarga Kembali Lengkap


Keluargaku telah kembali lengkap untuk beberapa hari sahaja. Abang Khairul tiba di rumah pada hari Rabu yang lalu manakala abah pula tiba di rumah pada pukul 5.00 pagi. Masa ni (pada waktu malam), Abang Hassan dan seorang kawannya datang ke rumahku. Pada keesokan hari pulak, aku akan pergi ke sekolah untuk menghadiri kelas tuisyen. Hu.Hu.Hu. Cepatnya masa berlalu.

Saturday, July 11, 2009

Whale Shark

Sungguhpun aku tak suka menonton cerita 'Go Diego Go!', tetapi cerita tersebut telah memberikan aku satu maklumat tentang satu jenis haiwan iaitu 'Whale Shark'.

Friday, July 10, 2009

Pertandingan Catur

Pada mulanya, aku sudah mendaftar nama untuk menyertai Pertandingan Catur. Tetapi, aku menarik diri kerana aku tak nak menyusahkan ibuku. Mungkin pada saat itu, ibuku sangat sibuk.

Thursday, July 9, 2009

Di Dalam Cerita Kartun...

Cerita cartoon di dalam TV9 ada banyak. Tapi, ada juga cerita yang aku tak suka. Walaupun terdapat banyak faedah di dalamnya, yang aku tak suka ialah apabila ia bertanya kepada penonton (Contohnya ialah, "Anda nampak tak sebuah istana?" Itulah yang aku tak suka). Cerita-ceritanya ialah berikut:


Dora The Explorer

Go Diego Go!


Blue's Clues
Kecuali ini:

Wonderpets

Friday, July 3, 2009

Kotornya...!!!

Gambar-gambar di bawah ialah suasana di sebuah pantai di Terengganu:

Kotornya. Rasanya sebab fun fair ni kot.

Saturday, June 27, 2009

Kemas-Kemas Bilik Keja Abah Di Universiti Utara Malaysia (UUM)

Hari ini, kami sangat sibuk sebab kami kemas-kemas barang abah di bilik abah untuk dibawa pulang ke rumah. Sebelum tu, kami semua (kecuali abah) pergi 'menceroboh' setiap tingkat di UUM. Pada mulanya, kami naik ke tingkat 4 dengan menaiki lif. Kemudian, kami naik ke tingkat 5 lalu turun hingga ke tingkat 1 menggunakan tangga. Kemudian, kami tolong abah kemas barang.

Kenduri Kesyukuran

Malam tadi, aku berasa sungguh seronok. Walaupun hanya Keluarga Pak Cik (kecuali Amirul & Faisal), keluaraga Pak Teh, keluarga Kak Ji, dan keluarga Abang E saja yang datang, terubat la jugak rindu terhadap sepupu. Saya ucapkan terima kasih kepada semua termasuk keluarga Cik Erie kerana sudi datang ke rumah kami. Kembali ke topik sebenar, lepas tunaikan solat Maghrib di surau, kami membaca surah Yaasiin dan Tahlil. Kemudian kami solat Isyak dan makan nasi di sana. Aku balik berjalan ke rumah. Tapi, mula-mula aku balik ke rumah untuk ambil dompet abah. Lepas bagi dompet kepada abah, aku berjalan pulang ke rumah. Ketika aku pulang ke rumah, aku tengok meriah saja kat dalam. Penuh dengan sepupu. Ada yang ketawa, bermain, menangis, bermain, dan lain-lain perasaan lagi. Sungguh seronok. Keluarga Pak Cik balik malam tu jugak sebab esok ialah hari persekolahan untuk anak-anak mereka. Aku tidur di dalam bilik aku.

Pagi tadi, adik perempuan aku kejut aku solat Subuh. Selepas solat Subuh, aku rehat sambil chatting dengan Abang Faizal. Lepas tu, aku pergi mandi. Masa mereka hendak pulang ke rumah, kami berikan hadiah ikan-ikan garpi & pokok-pokok kepada setiap seorang. I hope, my another cousin will come to our home in the next time.

Friday, June 26, 2009

Kemas-Kemas-Kemas Rumah

Hari ini kami semua tersaaaaaaangat sibuk! Macam-macam aktiviti yang kami lakukan. Aku pun tidak ketinggalan untuk tolong ibu & abah untuk mengemas rumah seperti sapu di halaman rumah, potong rumput, buang sampah, tabur beras-beras yang tak elok di padang supaya burung-burung dapat makan, dan lain-lain lagi. Penat betul. Hari ni abah kata segala sepupu dari sana dari sini akan datang ke rumah aku. Penuhlah rumah kami nanti. Malam ni pulak ada kenduri di surau. Wah! Rasa seronok la pulak. Tak sabar rasanya!

Sunday, June 21, 2009

Terengganu Darul Iman

Hari ini aku dengan Nasriyah ponteng sekolah sebab ibu & abah tak sempat hantarkan kami ke sekolah. Ini adalah kali pertama aku ponteng sekolah pada tahun ini. Jadi, aku ambil kesempatan untuk buat catatan yang baru. Kami semua bertolak ke Terengganu pada pukul 4.30 pagi. Tapi, kalau nak ikut jadual yang telah dirancangkan, sepatutnya kami bertolak pada pukul 3.00 petang. Kami melaksanakan solat Subuh di sebuah masjid. Lupa dah nama masjid tu. Lepas tu, aku sambung tidur.

Yang aku tak tahan ialah ketika melalui banjaran. Itulah jalan yang paling aku benci yang pernah aku lalui dan jalan tersebut menyebabkan aku pening kepala dan termuntah. Uhhh....I hate this thing. Macam mana la aku nak tempuhi perkara ini bila kami berpindah ke Terengganu nanti.

Kami tiba di Chalet Aneez kira-kira pada pukul 12.00 tengah hari hingga 1.45 petang. Kami semua makan tengah hari. Kemudian, aku dengan abah pergi ke sebuah masjid berdekatan untuk menunaikan solat Jumaat. Lepas habis sembahyang Jumaat, aku sembahyang jam'a Asar. Lepas tu, kami balik ke chalet. Sebenarnya, aku malas nak taip ni. Sebelum kami tiba di Terengganu, kami berhenti di stesen minyak sebab abah nak terkencing. Aku keluar sebab nak ambil gambar burung yang dikurung di dalam sebuah sangkar.
Banyak sangat, jadi kita pendekkan hingga besok.

Keesokan harinya, kami pergi main pasir di tepi pantai. Tak boleh mandi sebab lautnya dalam. Tambahan lagi, ada pasir jerlus. Untuk keselamatan diri, kami tak mandi pantai.

Kemudian, kami pergi ke UMT untuk tengok bilik kerja abah. Kemudian, kami pergi ke rumah kawan ibu. Seterusnya, pergi tengok abang Khairul di sekolah. Kemudian, pulang ke rumah.