Monday, December 29, 2008

Awal Muharram

Pada hari ni, Isnin, 29 Disember 2009, bersamaan 1 Muharram AH, kami sekeluarga berpuasa sunat kecuali Fawwaz. Pagi ni kami bangun awal iaitu pada pukul 5.00 a.m. Sebab kami nak bersahur. Huarghhh...... Mengantuk betul kami masa tu. Macam dalam cerita 'Upin & Ipin' pulak. Kami makan nasi dan telur separuh masak dan minum air milo panas.

Lepas habis bersahur aku dengan abang aku sambung tidur. Kami cuma tidur 5 minit saja. Kami ikut abah pergi sembahyang subuh di surau. Jarang jugak kami ikut abah pergi sembahyang subuh. Maklumlah..... Orang tengah tidur. Jadi tak nak la ganggu orang yang tengah tidur kan. Betul tak?

Ibu dengan abah pergi beli barang keperluan kami untuk sekolah pada pukul 10.30 a.m. Kami semua ada buat list. Nanti kalau terlupa barang yang nak dibeli, tengok la list tu. Fawwaz tak boleh ikut. Jadi dia menangislah di rumah. Hai........ Susah betul nak jaga Fawwaz ni. Ni baru menangis. Macam mana kalau dia menjerit sekali? Habis. Boleh pekak telinga kami ni. Aduh........

Dari tengah hari sampai la ke petang aku cuma layan internet saja. Tapi aku tak bermaksud yang aku tak sembahyang zuhur. Mestilah sembahyang. Sembahyang 5 waktu hukumnya wajib. Kalau tertinggal satu pun dah berdosa besar tau. Jangan main-main dan Jangan pandang ringan tau.

Pada pukul 4.00 p.m. abah dengan ibu balik. Banyak barang yang dibeli. Tapi ada sesetengah barang yang tak dibeli lagi. Nanti-nanti la beli macam malam ni ke, esok ke, lusa ke, dan seterusnya. Fawwaz pulak lain cerita. Dia sambung menangis pulak masa ibu dengan abah balik. Sama pulak macam di Terengganu (Sila rujuk pada catatan yang bertajuk 'Kelantan Dan Terengganu'). Kami bahagikan barang-barang yang dibeli oleh ibu dengan abah mengikut senarai yang ditulis di list. Ibu ada jugak beli barang untuk Fawwaz seperti mainan dan puting botol susu. Seronok la Fawwaz.

Burrkkk...... Alhamdulillah.... Syukur kepada Allah. Akhirnya kami buka puasa juga. Setelah sehari aku menahan diri dari makan dan dan minum termasuk masa Fawwaz tengah makan di depan aku, tapi aku dapat bertahan. Sekaranglah masanya untuk makan. Aduh! Tiba-tiba aku rasa sakit perut. Jadi aku sembahyang maghrib dengan abah dulu.

Wednesday, December 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia

Hari Khamis

Kami bertolak ke rumah Tok pada hari Khamis petang. Kami singgah di rumah Pakteh di Perak sebentar. Lepas maghrib kami sambung perjalanan ke rumah Tok. Di dalam perjalanan ke sana kami jumpa dengan Makteh sekeluarga sebentar. Zul tiada masa tu. Dia berada di rumahnya. Kami tiba di sana pada pukul 2 pagi. Huaargghhh........ Mengantuk betul masa tu. Kami terus masuk tidur.

Hari Jumaat

Esok pagi seperti biasa la. Ambil wudhuk, terus sembahyang subuh. Bosan jugak masa tu. Pada waktu petang kami bertolak ke Pantai Indah Resort. Kakak Faridah ikut kami sekali. Kami sekeluarga akan menginap di sini. Kami tempah 3 bilik. Bukan saja kami tapi keluarga Paklong, Makteh, Pak Ngah, Cik Erie, dan ramai lagi yang menginap di sini termasuk Tok.

Selepas kami tiba di sana kami angkat barang kami ke bilik yang kami akan menginap. Nasib baik di sana disediakan lif. Kalau tak dah baring atas katil sehingga pagi besok. Lepas tu kami terus pergi enjoy di kolam yang telah disediakan. Aku lambat turun sebab aku tengah sibuk baca buku Mastika. Dalam betul kolam tu sampai ke dada aku. Abang aku dengan Radhi buli Fadhil masa tu. Macam tarik kaki dia. Kesian betul Fadhil. Kami main 'tembak-menembak' dengan Fawwaz jugak. Lepas kami habis mandi, kami mandi di bilik yang disediakan untuk lelaki.

Pada waktu malam, keluarga Paklong, Pak Ngah dan ramai lagi tiba. Seronok betul. Tiba-tiba, Icah dengan Aida beritahu yang Fawwaz dengan Naki hilang. Tapi sebenarnya mereka ikut ibu, abah, Cik Erie, dan Encik Nizam pergi jemput Tok di rumah Tok. Potong stim betul la. Buat orang risau saja. Hish. Terajang kang baru tau.


Hari Sabtu

Esok pagi kami sembahyang subuh secara berjema'ah. Lepas tu aku baring atas sofa. Rehat-rehat sikit sehingga tiba masana untuk mandi kolam. Sekali lagi aku kena tinggal. Wuuaaaa......
Kami mandi pakai baju kelmarin.

Masa di kolam kami main macam-macam 'acara'. Abang aku, Fawzan, Anas, Abang Wah, Radhi, Fadhil, Fikri, dan Farhan main 'kereta kebal'. Abang aku dengan Fawzan yang selalu menang. Lepas tu main 'lumba lari' pulak. Acara terakhir yang kami main adalah 'kejar-mengejar'. Tapi yang kami main ada 2 orang jadi. Susah betul. Walaupun kami lambat untuk mengejar orang lain tapi aku ada 'bas ekspress' iaitu Abang Wah. Lagipun Abang Wah tak main pun.

Pada waktu tengah hari kami bertolak ke rumah Paklong. Kami tonton 'wayang' dengan menggunakan komputer Paklong. Cerita yang kami tonton adalah cerita 'Scary Stories 4', 'Super Hiroes Movie', dan 'Wall-E'. Lama betul kami tonton. Ada yang menakutkan, kelakar, dan mencabar.

Malam tu kami pergi hantar abah ke stesen bas sebab abah ada kerja esok di rumah. Malam tu aku dengan abang aku tidur di rumah Cik Erie. Jadi masa kami pergi ke rumah Cik Erie untk ambil tiket bas abah, aku dengan abang aku tinggal di sana saja. Masa tu Fadhil dengan Kateh dah tidur. Radhi pulak sedang tonton cerita 'I Still Know What You Did Last Summer'. Menyeramkan. Lepas tu kami tonton cerita 'Small Soldiers'. Masa tu Kateh dah terbangun dari tidur. Seronok betul cerita tu. Lepas habis cerita tu, kami terus tidur.

Hari Ahad

Lepas habis sembahyang subuh aku rehat-rehat sikit. Pada waktu pagi Encik Nizam, Cik Erie, dan Naki pergi kenduri. Lepas tu Pakndak dengan Farhan datang ke rumah Cik Erie pulak. Lepas tu Pakndak tidur. Radhi, Fadhil, dan Farhan pulak khushuk bersembang. Lepas tu Encik Nizam, Cik Erie, dan Naki pun pulang. Pada waktu tengah hari Encik Nizam hantar aku dengan abang aku ke rumah Paklong sebab Kami sekeluarga akan pergi ke rumah Mak Lang . Kakak Faridah ikut jugak.

Masuk saja ke dalam rumah Mak Lang aku terus sambung tidur di rumah Mak Lang. Mengantuk betul aku masa tu. Ibu kejut aku suruh sembahyang. Lepas tu kami pergi rumah Abang Pa. Pak Lang dengan Mak Lang ikut jugak. Masa nak pergi tu aku sambung tidur balik.

Kami sampai di rumah Abang Pa pada waktu malam. Kalau tak aku nak sambung tidur aku lagi tapi kakak aku suruh jangan tidur. Lepas tu aku sembahyang. Lepas tu aku dengan abang aku main ninja-ninja dengan Fawwaz. Lepas tu kami semua makan malam di sana. Lebih kurang pukul 10.00 p.m. kami bertolak ke rumah Mak Lang kami akan tidur di sana.

Masa sampai di rumah Mak Lang, Fawwaz mula menangis sebab dia nak tidur di rumah Ibu. Kan rumah Ibu jauh di Kedah. Apalah Fawwaz ni. Aku dengan abang aku tidur di luar manakala ibu, Icah, Kak Najah, Fawwaz, dan Kak Faridah tidur di dalam bilik.

Hari Isnin

Pagi tu kami pergi ke rumak Pak Ngah sebentar. Ibu, Mak Lang, Pak Ngah, dan Mak Ngah sembang-sembang sikit. Lepas tu kami pergi ke rumah Tok. Petang tu aku buat kerja sekoah yang Sir Syamsul bagi. Malam tu aku sembahyang di surau.

Hari Selasa

Hari ni Kak Wa datang ke rumah Tok. Pada waktu tengah hari bertolak ke rumah Pak Tam. Icah dengan Pak Lang naik kereta Kak Wa. Yang lain naik kereta Unser.

Masa dah nak sampai di rumah Pak Tam kami tersesat pulak di sana sebab ibu kata dulu Pak Tam bawak ibu pergi jalan-jalan. Jadi ibu lupa mana satu rumah Paklong. Di rumah Pak Tam ada internet tapi aku tak nak buat blog masa tu sebab aku tak biasa buat blog di rumah orang lain. Kami tidur di rumah Pak Tam malam tu.

Hari Rabu

Pada pukul 11.00 a.m. kami pergi ke rumah Pak Cik Faisal. Rumahnya dekat je dengan rumah Pak Tam. Cuma memakan masa 45 minit saja untuk pergi ke rumahnya. Adik aku dengan kakak aku tonton Astro. Amirul, Faisal dengan abang aku pulak main bola. Aku pun main jugak. Aku jadi keeper. Kami bertolak ke rumah pada pukul 2.00 p.m.

Masa dah sampai di rumah ibu suruh abang aku beli vitagen 2 set. Masa tunggu abang aku beli vitagen kakak aku dengan Icah jaga Fawwaz main. Lama betul. Masa sampai di rumah, abah tak balik dari kerja lagi. Aku dengan abang aku jaga Fawwaz main di taman permainan. Lepas tu kami angkat barang masuk ke dalam rumah.

Wednesday, December 17, 2008

Kelantan Dan Terengganu

KELANTAN


Hari Isnin yang lepas kami bangun awal untuk bertolak ke Kelantan. Kami menginap di P.C.B Resort. Lama juga kami tak pergi di sana. Kalau tak kami nak pergi shopping di Pasar Siti Khadijah sebelum pergi ke P.C.B Resort, tapi hujan pulak. Jadi kami semua pergi terus ke P.C.B Resort untuk tempah sebuah chalet. Lepas tu kami pergi ke sebuah kedai makan di tepi pantai. Pada malam tu kami pergi jalan-jalan di tepi pantai. Ombaknya punya la kuat. Tak dapat bayangkan macam mana keadaan masa hari kiamat nanti

Esok pagi kami pergi jalan-jalan di tepi pantai sekali lagi. Aku mengambil peluang untuk mengutip cengkerang. Ombak masih lagi kuat macam malam tadi. Tak dapat la kami mandi laut hari ni. Tapi kami cuma duduk atas batu. Bagi kena air laut sikit-sikit. Lepas tu kami pergi mandi kolam. Seronok betul. Kali ni ibu dengan abah tak turun ke dalam kolam. Abang dengan adik aku berlatih berenang. Aku pulak sibuk basuh cengkerang yang aku kutip di tepi pantai tadi. Tapi mandi jugak la. Takkan basuh cengkerang saja kot.

Lepas habis mandi di kolam kami pergi mandi di chalet pulak. Lepas habis mandi kami kemas semua barang sebab kami nak sambung perjalanan ke Terengganu. Sebelum bertolak kami sempat pergi shopping di Pasar Siti Khadijah. Kami beli barang sebagai kenangan. Aku dengan abang aku dapat jersi bola sepak. Aku dapat jersi bola sepak Chelsea.

TERENGGANU

Kali ni kami menginap di Chalet Aneez pulak, berdekatan dengan Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Senang la kami nak pergi hantar abah ke sana sebab abah ada interview esok. Kami pergi ke tepi pantai sekejap. Ombaknya kurang kuat dari ombak di Pantai Cahaya Bulan, Kelantan. Kami buat macam-macam aktiviti. Tapi aku rasa tak berapa seronok sangat pun.



Keesokan hari, kami semua hantar abah ke Universiti Malaysia Terengganu(UMT). Masa abah keluar dari kereta Fawwaz pulak mula menangis sebab nak ikut abah. Lepas tak nampak kelibat abah, kami pergi merayau-rayau di sana sekejap.

Lama jugak kami tunggu abah telefon ibu di chalet. Pada pukul 11.30 a.m. , kami pergi ke UMT untuk menjemput abah pulang. Masa sampai di depan pagar, Fawwaz sambung menangis balik. Pelik bin ajaib. Lepas tu kami bertolak pulang ke rumah.

BERTOLAK KE RUMAH

Masa bertolak ke rumah la yang paling aku benci sebab kami kena lalu di banjaran. Pening kepala aku dibuatnya. Jadi aku tidurlah sebab takut nanti nak termuntah pulak. Macam dulu masa nak hantar Abang Khairul ke sekolah. Aku termuntah di dalam kereta Pesona.Masa aku terbangun dari tidur kami berada di kedai. Abah dengan ibu nak beli buah-buahan.

Masa di dalam perjalanan pulang kami berjumpa dengan pakcik sekeluarga sekejap. Masa tu aku dengan kakak aku tengah pening kepala. Seronok la Fawwaz sebab dapat berjumpa dengan Ikhwan. Fawwaz memang rapat dengan Ikhwan dan Naki sejak dulu lagi. Amirul dengan Faisal tak ikut Pakcik pergi ke Kuala Terengganu. Masa nak sambung bertolak pulang aku sambung tidur sebab pening kepala sehingga sampai di rumah.

Saturday, December 13, 2008

Terengganu, Kami Datang!!!!!!!!!

Insyaallah esok lusa kami semua akan bertolak ke Terengganu iaitu di antara hari Ahad dengan hari Isnin. Kalau tak silap, mula-mula tidur selama satu malam di Kelantan. Lepas tu tidur di Terengganu selama satu malam jugak. Tak sabar rasanya nak pergi ke Terengganu. Terengganu, kami datang!!!!!!!!!!

Thursday, December 11, 2008

'Mesyuarat Keluarga'

Hari ini ibu buat 'mesyuarat keluarga' tanpa abah sebab abah pergi kerja. Lama betul. Dari pukul 9.30 pagi sampai pukul 10.30 pagi. Sejam kami semua bersila kecuali ibu. Rasa lenguh jugak la kaki ni. Lama sangat bersila. Fawwaz tu tak lengah la sebab dia cuma baca buku cerita saja. Boleh la dia bertinggung sana, bertinggung sini. Syok la dia tu. Macam-macam ibu cakap. Mula-mula rukun iman lepas tu apa itu amalan yang mulia ke contoh-contoh ke maksudnya dan lain-lain lagi (sebenarnya banyak lagi tapi aku tak nak tulis. Nanti penuh dengan ke situ, ke sini sajalah. Orang yang baca jugak yang pening). Kadang-kadang gelak, kadang-kadang serius, kadang-kadang merajuk. Kalau kita nak cakap orang lain menyampuk pulak. Kena la bersabar tunggu orang lain habis bercakap, barulah kita boleh sambung balik apa yang kita nak katakan. Yang jadi mangsa utama Kak Najah. Nak cakap contoh menepati mangsa orang lain pulak yang menyampuk. Kesiannya Kak Najah. Tapi dia diam saja. Kiranya dia bersabar la tu.

Tuesday, December 9, 2008

Aktiviti Di Rumah Pakteh

Seronok jugak masa dekat rumah Pakteh kelmarin. Kami bertolak pergi ke rumah Pakteh pada pagi Ahad lepas dan sampai kira-pada pukul 10.00 pagi. Macam-macam aktiviti kami yg lakukan masa tu.

Pada waktu pagi aku pergi memancing dengan bapa saudara dan 2 orang sepupu aku. Pada waktu tengah hari pulak aku dengan sepupu pergi round di sekitar kawasan kampung di situ. Pada waktu petang pulak kami sambung memancing. Kali ni aku dpt tangkap tangkap ikan tapi seekor je. Pada waktu malam aku tengok anak Kak Ji. Dia tlh melahirkan seorang bayi perempuan. Mereka menamakannya Salsabila dan dipanggil Sasya. Comel betul dia.

Esok pagi pulak kami semua pergi sembahyang sunat Raya Aidil Adha di surau (semua orang lelaki saja). Lepas habis sembahyang kami pergi ke rumah Pakteh. Bosan sbb x ada apa-apa yg nak buat. Masa tengah rehat tiba-tiba hujan turun. Lebat pulak tu. Abg aku dengan 3 orang sepupu aku pulak tengah main bola. Disebabkan x ada apa-apa yg nak dilakukan aku pun join sekali lah. Seronak betul. Kami semua buli Daniel aje. Kami bertolak pulang pada waktu malam selepas sembahyang Isyak.

Saturday, December 6, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Pagi tadi abah dan ibu pergi jemput Kak Najah balik dari kem di Pokok Sena, Alor Setar. Baru saja sampai pada waktu petang tadi. Abg Amirul sekeluarga pun pergi ke sana jugak untuk jemput Abg Faisal balik dari kem sbb Abg Faisal pun menyertai kem tersebut jugak. Kelmarin Abg Amirul sekeluarga tidur di rumah Pakteh. Selepas jemput Abg Faisal mereka terus pergi ke rumah Pakteh bukan terus balik ke rumah mereka. Sedih jugak sbb x dapat jumpa tapi tidak mengapa sbb esok pagi kami akan bertolak ke rumah Pakteh sbb kami nak menyambut Hari Raya Aidil Adha atau Hari Raya Korban. Jadi kami perlulah bersiap pada mlm ni.

Friday, December 5, 2008

Ke Kelantan

Hari ni kami sekeluarga pergi jemput Abg Khairul balik rumah di Kelantan. Kalau x dia balik naik bas tapi kali ni kami jemput sbb barang-barang yg hendak dibawa balik oleh nya banyak. Jadi, hari ni kami bangun awal iaitu pada pukul 4.00 a.m. Bertolak ke sana pulak pada pukul 5.00 a.m. Dlm perjalanan ke sana kami ada jugak tengok kesan-kesan banjir yg berlaku di sana pada minggu lepas. Sempat jugak kami ambik beberapa gambar.

Kami semua sampai di sekolah Abg Khairul pada pukul 11.00 a.m. Terkurung la kami di dlm kereta selama 6 jam. Masa sampai di sana aku tolong abg aku angkat barang-barangnya. Lepas tu kami pergi rumah Cik Jah pulak. Rehat sekejap lepas tu terus bertolak pulang. Tapi kami terjumpa seorg bayi. Rasanya macam pernah jumpa la tapi di mana ya?

Tuesday, December 2, 2008

UUM(bahagian 3)


Hari ni adalah hari terakhir kami ikut abah. Sbb esok dan lusa abah sibuk. Ada banyak kerja. So, aku dengan adik aku pun bersetuju lah.

Hari ni memang bosan. Terlalu bosan. Mentang-mentang la masa di dlm library tu sejuk. Cuma baca buku cerita 'Anak-anak Sidek' saja la. Untuk mengisi masa lapang yg ada. Tapi kadang-kadang aku tertidur jugak. Sekali dua kali aku tertidur. Tapi yg menjadi pengacau masa aku tengah tidur tu adik perempuan aku. Masa aku tengah tidur dia kejut aku pulak suruh jangan tidur. Mengacau saja la dia ni.


Pada waktu petang pun bosan jugak. Walaupun cikgu bagi semua budak termasuk aku an adik aku yg ada di dlm library tu main mainan macam dam, congkak, sahiba, dan lain-lain lagi. X seronok langsung. Kalau cikgu bagi kami semua tengok wayang pun OK jugak. Barulah best.

Monday, December 1, 2008

UUM(bahagian 2)


Hari ni lagi sekali kami ikut abah pergi UUM. Mula-mula bosan tapi akhirnya bertukar kpd perasaan gembira sbb hari ni kami semua pergi tengok wayang. Ini kali pertama aku pergi tonton wyang. Tapi tempat wayang tu terletak bertentangan dengan perpustakaan sudut kanak-kanak saja. Seronok betul. As happy as a king.
Tapi masa nak tonton wayang tu yg susah. Sbb ada setengah orang nak tengok cerita 'Lion King', 'Shark Tail', dan 'Bee Movie'. X ada seorang pun nak tonton cerita 'Flash Away'. Mula-mula, cikgu pasang cerita 'Lion King' sbb ramai orang nak tonton cerita tu. Masa tengah-tengah cerita tu cerita tu tersekat. Jadi cikgu pasang cerita 'Kungfu Panda'. Fuh, nasib baik cikgu pasang cerita tu sbb aku nak sangat tonton cerita tu. Kelakar betul cerita tu. Kah!Kah!Kah! Aku sambil tonton cerita tu sambil makan bytes.
Abah aku cakap esok x payah la ikut tapi adik aku kata nak ikut jugak sampai hari Khamis. Aku pun berharap macam tu jugak. Berharap esok dpt ikut lagi.

Sunday, November 30, 2008

UUM(bahagian 1)


Hari ni aku dan Icah bangun dari tidur awal sikit sbb kami nak ikut abah pergi ke UUM. Masa sampai di sana abah bawak kami pergi makan di kedai. Kalau x aku ikut abah sbb nak cari karangan Bahasa Inggeris untuk siapkan kerja sekolah yg Sir Shamsul bagi sebelum mula cuti sekolah akhir tahun. Tapi karangan Bahasa Melayu yg jumpa. Lain yg dicari, lain yg dijumpa. Buat penat saja aku bawak kotak pensil, kertas, kamus, dan fail.

Disebabkan x jumpa dan aku pun dah naik boring, aku pun join diorang buat origami la. Cikgu di situ ajar kepada kami macam mana nak buat kotak, muka kucing, dan teddy bear. Tapi aku cuma buat kotak dan kucing saja. Adik aku buat kotak, muka kucing, dan teddy bear.

Masa nak jumpa abah yg susah tu. Kena melepasi pengawal. Tapi kalau nak bukak 'gate' tu kena ada benda macam kad untuk letak pada 'Touch And Go'. Lepas tu kena tahan kesejukan macam di 'Kutub Selatan' pulak tu. Sejuk sampai bergetar gigi. Macam mana la abah dengan kawan-kawan kerja di sini. Entah-entah jadi patung salji kot. X tau la macam mana nak pelankan air-cool tu.
Masa nak balik yg takut sangat tu sbb tempat kerja abah dah gelap dah masa tu. Jadi kami mempercepatkan la kelajuan untuk ambil barang kami. Lepas tu kami terus balik. Rasanya nak ikut abah pergi UUM lagi esok.

Friday, November 28, 2008

Anak Dan Bapa

Kelmarin petang abah bawa Fawwaz pergi gunting rambut. Masa tu ibu pergi mesyuarat. Aku dan Icah ikut sekali. Biasanya pergi gunting rambut dengan menaiki motor. Tapi kali ni kami pergi dengan menaiki kereta Persona.

Masa dah nak sampai di sana aku tunjuk kepada Icah 'Mini Stadium Jitra'. Tapi stadium tu bukan untuk kumpulan-kumpulan Kedah, Perlis, Perak, dan lain-lain lagi. Tapi untuk kumpulan-kumpulan pada masa yg akan datang. Rasa-rasanya lah. Aku tergelak masa tukang gunting rambut tu gunting rambut Fawwaz sbb masa dia gunting rambut Fawwaz dia ada terjumpa beribu-ribu ekor kutu dlm rambut Fawwaz. Kah! Kah! Kah! Lepas gunting rambut Fawwaz rambut abah pulak digunting.

Masa dlm perjalanan pulang ke rumah abah singgah di taman permainan. Lama jugak kami main di sana. Dari pukul 6.30 p.m. hingga pukul 6.55p.m. Berpeluh satu badan. Masa sampai di rumah, aku dan Icah terus tutup tingkap dan langsir sbb kami belum tutup langsir. Selepas itu terus mandi. Fuh, penat. Tapi sekurang-kurangnya abah dapat meluangkan masa dengan kami. Alhamdulillah.

Wednesday, November 26, 2008

Add A Gadget

Yahoo! Aku berjaya tambah macam-macam benda dlm blog aku. Gambar, world clock, game, youtube, dan stingray. Fuh, penat lelah aku prosek 'Add A Gadget' semalam dan pagi ni. Sebenarnya aku ada 2 games tapi aku delete salah satu drpd 2 tu sbb game yg aku delete tu bising. Ada lagi satu aku delete. Aku delete game dan walking frog sbb x elok. Aku x tahulah nak tambah lagi ke x. Tengok lah dulu.

Tuesday, November 25, 2008

Kelas Tuisyen

Hari ni ibu buat kelas tuisyen untuk aku dan adik perempuan di rumah. Latihan yg ibu berikan kepada kami adalah menulis pengajaran. Ianya sebagai persediaan untuk tahun hadapan. Jadi baguslah latihan yg ibu berikan kepada kami. Tapi ibu suruh kami cari pengajaran bukan dari buku tapi cerita yg kami tengok pada waktu pagi tadi iaitu cerita 'Teenage Mutant Ninja Turtle'. Bagi aku senang je. Adik aku x tahu macam mana nak buat. Jadi dia cari pengajaran berdasarkan cerita 'Olivia'. Tapi dia hanya dapat 2-3 pengajaran sahaja. Aku dapat 11 pengajaran. Tapi aku x pasti pengajaran yg aku dapat tu betul atau salah. Tapi aku rasa antara pengajaran yg aku tulis tu ada yg betul dan ada yg salah.

Monday, November 24, 2008

Upin & Ipin Setahun Kemudian


Seronok jugak tengok cerita 'Upin & Ipin Setahun Kemudian' dlm internet(terpaksa upload gambar cerita 'Upin & Ipin' sbb x ada gambar cerita 'Upin & Ipin Setahun Kemudian' dalam internet. Penat nak cari). Banyak pengajaran yg dapat kita perolehi dlm cerita tu. Contohnya dlm episode 'Tamak', banyak betul ayam yg mereka beli. Ayam goreng, ayam rendang, ayam golek, ayam madu, ayam panggang, dan macam-macam lagi lah. Dengan kata lain, semua jenis masakan-masakan ayam dlm resipi Upin dan Ipin beli.Dengan duit tabung pulak tu. Di rumah cakap mereka boleh habiskan semua ayam yg mereka beli konon, tapi akhirnya x habis ayam yg mereka beli. Sepatutnya kita haruslah berjimat-cermat dan janganlah bersikap tamak di dalam pembelanjaan supaya kita dapat menggunakan duit-duit yg kita tabung apabila kita mempunyai sebarang kecemasan. Kalau ada duit baki, tabung la. Seperti antara salah satu di dalam peribahasa. Iaitu:- Sikit-sikit,Lama-lama jadi bukit.

Sunday, November 23, 2008

Kematian

Innalillahiwainnailaihirajiun, kelmarin kami mendapat berita pada pukul 1.45 p.m. Masa tu kami sekeluarga kecuali Kak Najah dan Abang Khairul dalam perjalanan ke kenduri. Kami mendapat berita bahawa ayah kepada Mak Teh sebelah ayah aku telah meninggal dunia pada pukul 1.30 p.m. Jadi, kami lekas-lekas la makan masa di kenduri. Balik je kat rumah kami kemas-kemas barang lalu bertolak ke sana di Kuala Kangsar.

Kami sampai di sana pada pukul 5.50 p.m. Masa di dalam kami semua baca Yaasin dan potong daun pandan.

Kami semua bertolak pulang pada pukul 9.30 p.m. Masa dekat tempat rehat pertama abah cuma beli buah jambu, limau, dan jagung. Dekat tempat rehat kedua baru la kami semua makan nasi. Lepas tu kami teruskan perjalanan pulang ke rumah.

Kami semua tiba di rumah pada pukul 10.50 p.m. Masuk rumah kemudian terus tidur.

Saturday, November 22, 2008

Kenangan Di Kelantan

Tiba-tiba teringat pulak kenangan kat Kelantan pada tahun lepas. Seronok betul masa tu. Yg paling bestnye adalah mandi kat dalam kolam. Sejuk betul. Tapi yg suam tu kecik, sempit dan cetek. Yg sejuk baru best. Besar, luas dan dalam. Kitorang semua mandi kecuali kakak aku. X tau la kenapa. Takut kat air kot. Mcm kucing.













Lepas tu kami semua pergi mandi di pantai pulak. Wah, seronok betul! Sambil-sambil bermandi-manda di pantai, aku kutip jugak cengkerang-cengkerang siput sebagai kenangan. Tapi, kebanyakan yg aku kutip adalah umang-umang. Akhirnya, tinggal lagi sikit sahaja cengkerang siput. Membazirkan tenaga saje. Tapi yg pasti seronok betul dapat menikmati keindahan yg tlh Allah ciptakan untuk hamba-hambanya. Syukur, alhamdulillah.















Aku harap abah boleh bawak kami sekeluarga pergi ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan bila abah ada masa lapang atau cuti panjang.

Misteri Nusantara


Mlm tadi aku ngan adik aku tengok cerita 'Misteri Nusantara'. Takut betul kami mlm tu. Naik bulu roma aku. Mlm tadi cerita tu mengisahkan tentang 'Api Misteri' ngan 'Sejadah Berdiri'.

Yg api misteri tu dipercayai dihidupkan oleh seekor toyol yg baru sampai kat rumah tu. Api tu mula menyala kat stor rumah tu. Toyol tu dipercayai tinggal kat atas sebatang pokok. Lepas buat pengacaraan menghalau dengan bomoh-bomoh lain, api misteri tu x menyala lagi. Alhamdulillah.

Sejadah tu pulak, tak tau la nak cite macam mane. Yg pasti, sejadah tu adalah salah satu daripada 5 sejadah yg dibeli oleh seorang ustaz di Mekah. Masa kat rumah, anak ustaz tengah buat aktiviti. Masa dia tutup lampu dia tengok kat sejadah tu. Dia bukak lampu balik sbb rasa lain semacam kat sejadah tu. Tengok-tengok, sejadah tu dah berdiri kat kerusi. Sejadah tu berbentuk seperti seorang wanita. Ia berdiri selama 32 jam tanpa sebab. Subhanallah.

Ini menunjukkan Allah maha berkuasa dan maha menjadikan sesuatu.... Maka benarlah firman Allah Ta'ala dlm surah Yaasin ayat ke-82 yg bermaksud:-Jadi, maka jadilah. (Cuma ambik separuh je).

Friday, November 21, 2008

Ziarah kakak


Hari ni aku sekeluarga pergi ziarah kakak aku kat 'Kem Bina Sahsiah 2008' kat Pokok Sena. Aku mula-mula x nak ikut tapi terpaksa. Aku masuk dlm keta, baca doa pastu terus tidur sbb pening kepala.

Sampai kat sana pun masih tidur. Aku bangun dari tidur kat kedai tapi penyakitnye belum sembuh. 2 adik aku pulak tengah makan chipsmore la, roti la, main game la, macam-macam la. Yg pasti banyak aktiviti yg dibuat oleh diorang.

Sampai kat rumah masa dah masuk waktu maghrib. Aku pulak kena bukak pintu pagar. Masa tu pening lagi. Jadi terhuyung-hayang la dibuatnye. Masuk je rumah pakai topi keledar tutup muka ngan songkok pastu terus baring.

Beberapa minit kemudian aku bangun pergi pergi ambik air sembahyang, pastu sembahyang berjemaah ngan ayah dan adik perempuan aku.

New blog


Ini adalah blog baru yg dibuat oleh aku, Fizul sbb aku terlupa 'user name' ngan 'password' blog lama aku yg bertajuk 'Telatah Fizul'. Salah aku jugak sbb x tulis kat kertas. Sbnrnye dah lama dah buat G-Mail yg baru cuma terlupa sikit cammana nak buat blog. So, tunggu la dlm 1-2 minggu baru la ibu aku tolong tunjukkan...Kesiannya aku.