Saturday, October 17, 2009

Tasik Di Taman Tema (Sabtu)

Hari ini ialah kali ketiga aku pergi ke tasik. Tapi kali ini, ada 2 perbezaan. Pertama, ibu tak ikut sekali dengan kami sebab penat. Yang kedua pula, kami tiak berjoging hari ini. Tapi kami pergi bersiar-siar di tengah-tengah tasik dengan menaiki bot. Kami diberi masa untuk menaiki bot selama 30 minit. Abah kena bayar RM 10.00 untuk kami semua. Aik, untuk Fawwaz tak dikirakah? Untuk orang dewasa RM 4.00 dan untuk kanak-kanak pula RM 3.00. Sepatutnya RM 13.00. Ah...Tak kisahlah. Boleh jimatkan duit.

Sebelum nak naik bot, kami pakai jaket keselamatan dulu. Manalah tahu, tiba-tiba terjatuh dari bot nanti kang. Mula-mula, aku dengan abah kayuh bot tu dulu. Fuh. Seronoknya. Kali pertama aku naik bot. Kalau tak, aku nak baca doa naik kenderaan air tapi aku terlupa doanya. Fardhil pernah ajarkan doa tu ketika kami henak pergi ke Pulau Langkawi. Ayoyo. Silap tak bawa mereka pergi ke sana. Kalau tak, bolehlah kami berjoging, naik bot, pandu bully, dan lain-lain lagi (kalu bolehlah).

Masa kami sedang menaiki bot, aku dengan Icah saling tukar-tukar giliran kami untuk mengayuh bot. Nak naik bot ni rasa macam mengayuh basikal. Kami semua pergi mengelilingi pulau yang berada di tengah-tengah tasik. Masa tu, kami ternampak seekor biawak di tepi pulau tersebut. Nasib baik biawak tu tak serang kami. Kalau tak, kami dah terjun ke dalam tasik dah. Kemudian, kami pergi ke tempat air dipancutkan ke arah langit.

Kemudian, kami pergi ke tebing. Tetapi kali ni Icah tukar dengan abah pulak. Sampai di tebing, Fawwaz pergi main di taman permainan selama lebih kurang 2 minit. Kemudian kami pergi berehat di kedai. Kemudian kami pergi ke klinik untuk ambil ubat Fawwaz. Lepas tu, kami pulang ke rumah.

Friday, October 16, 2009

Tasik Di Taman Tema (Jumaat)

Alhamdulillah. Pagi tadi, abah bawa kami pergi ke sebuah tasik di Taman Tema untuk berjoging. Abah sampai di rumah semalam. Seronoknye. Masuk ni baru kali kedua aku pergi ke sana. Kesian Kak Najah dengan Abang Khairul sebab mereka tak balik ke rumah. Tempat tersebut terletak berdekatan dengan Plaza Tol (Utara). Nak pergi ke sana dari rumah kami cuma mengambil masa 5 hingga 10 minit saja. Sekejap kita boleh sampai di sana kan? Sampai di sana, aku nampak ramai orang sedang melalukan pelbagai jenis aktiviti-aktiviti yang berfaedah. Ada orang sedang bersenam, bersenamrobik, berjalan, berjoging, dan lain-lain lagi. Tapi, ada satu perkara yang berlainan di antara kami dengan mereka. Mereka memakai kasut sukan manakala kami memakai kasut selipar. Tak kisahlah. Kemudian, kami terus pergi berjoging.
Tak lama kemudian, kami berhenti makan. Kami makan roti planta beserta air milo panas. Aku nampak ada 2 orang sedang memancing berdekatan dengan jambatan. Habis saja aku makan, aku terus sambung berjoging. Pandang belakang, aku nampak mereka jauh ketinggalan.Lari-lari, penat. Lari-lari penat. Sempat lagi ambil gambar mereka di belakang.Kemudian kami sambung berlari sampai jambatan. Sempat lagi kami bergaya di sana.Setelah lama berjoging, kami tiba di sebuah kedai. Fawwaz nak naik bot tapi abah cakap besok sebab ibu nak dengar ceramah. Apa lagi, menangislah dia. Kenalah abah dukung dia sampai i kereta. Kemudian, kami pulang ke rumah.

Friday, October 9, 2009