Friday, March 12, 2010

Bersiap untuk Berpindah ke Terengganu

Alhamdulillah. Kami telah tiba di Jitra, Kedah pada pukul 11 pagi. Hampir 3 bulan aku tak layari internet. Rumah di Terengganu tak dapat line manakala di sekolah pula bilik APV (bilik komputer) belum dibuka lagi. Disebabkan hal inilah aku tak boleh taip catatan baru.

Semalam keluargaku datang ke MTST (sekolah baruku iaitu Maahad Tahfiz Sains Tumpat) untuk menjemputku pulang ke rumah pada pukul 12 malam. Masa tu, aku dah tertidur di dorm aku kerana dengar orang lain bercerita. Nasib baik masa tu pelajar-pelajar tingkatan 3 tak boleh pulang ke rumah kerana mereka ada kelas tambahan. Hari Selasa baru mereka boleh pulang. Maksudnya, abang aku boleh pulang pada hari Selasa. Pada malam itu, kami tidur di sebuah stesen minyak Petronas.

Pada keesokan hari (hari ini), kami bertolak ke Kedah selepas menunaikan solat Subuh. Kami meneruskan perjalan kami melalui banjaran Titiwangsa tanpa berhenti untuk berehat sehingga di Parit Panjang barulah kami berhenti untuk bersarapan pagi. Kemudian kami meneruskan perjalanan sehingga kami tiba di Kedah.

Kami semua datang ke Kedah untuk membawa semua barang ke Terengganu. Pada hari ini, kami telah siap melakukan banyak kerja seperti menyediakan kotak, susun buku, dan mengemaskan mainan. Esok kami pasti sibuk.