Friday, May 1, 2009

Seorang Guru Yang Tersayang Telah.....

Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah untuk arwah seorang guru yang telah berjasa kepada SRIDA. Beliau juga pernah mengajarku dalam pelajaran 'Hafazan' ketika aku berumur 7 tahun. Guru tersebut telah meninggal dunia pada minggu lepas, hari Ahad malam Isnin. Guru tersebut ialah Ustaz Mahathir. Beliau telah koma untuk beberapa hari akibat kemalangan jalan raya.

Pada pagi hari Isnin, 30 orang pelajar tahun 6 lelaki telah dipilih untuk pergi ke rumah arwah diiringi oleh Ustaz Abdullah, Ustaz Azhari, Ustaz Shahidan, Ustaz Fakhrorrazi, dan Ustaz Ridzuan untuk membaca 30 juzuk Al-Quran. Tetapi, 2 atau 3 orang pelajar yang dipilih oleh Ustaz Abdullah telah tertinggal di sekolah. Salah seorang daripada mereka ialah Ammar Mirza Bin Mohammad. Dia seorang pengawas sekolah dan belajar sekelas dengan aku. Tempat duduknya di dalam kelas hanya di hadapan tempat dudukku sahaja. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas milik Pak Ya. Rumah beliau cuma dalam lingkungan satu kilometer sahaja dari sekolah.

Perkara yang mengejutkan apabila aku datang ke rumahnya adalah beliau meninggal dunia sambil TERSENYUM! Subhanallah. Inilah kali pertama aku melihat perkara sebegini. Pasti beliau telah melakukan banyak pahala ketika beliau hidup. Selepas itu, kami membaca Al-Quran. Selepas beberapa jam kemudian, kami semua telah mengkhatamkan Al-Quran. Selepas Ustaz Shahidan membaca doa, kami pulang ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 9.46 pagi. Semasa hendak turun dari bas, teringat pula kepada arwah Ustaz. Semoga beliau dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang yang beriman.

No comments: