Thursday, May 28, 2009

Selamt Hari Guru!!!

Hari ini adalah Hari Guru. Seronoknya..... Pada hari Ahad yang lepas, abah datang ke sekolah untuk berikan hadiah-hadiah untuk diberikan kepada guru-guru yang mengajar kami. Jumlah hadiah-hadiah yang diberikan adalah berikut:

Aku :14
Nasriyah:12

Hari ni ada Majlis Sambutan Hari Guru. Macam-macam program yang dijalankan seperti nasyid, sajak, bacaan ayat suci Al-Quran, pertukaran hadiah antara guru-guru dan lain-lain lagi. Majlis dijalankan dari pukul 8 pagi hingga pukul 12 tengah hari. Pukul 9.30 hingga 10 ialah wakt rehat. Ibu jemput aku dan Nasriyah pada pukul 12.30 tengah hari.

First Exam

Alhamdulillah. Akhirnya habis first exam. Fuh..... Kurang sikit stress aku ni. Soalan-soalannya pun tak susah sangat. Tapi, rasanya lepas ni soalannya makin susah kot. Manalah tau. Sebab Sir beritahu bahawa pihak sekolah akan ambil soalan dari Terengganu atau Kelantan. Kami dimaklumkan bahawa soalan-soalan yang disediakan dari sana sangat susah terutamanya negeri Terengganu. Hai, risaunya. Peperiksaan ni dicampurkan dengan Ujian Taksiran 2. Subjek-subjeknya adalah English, Science, Mathematics, dan Bahasa Malaysia (Penulisan dan Pemahaman). Kali ni target aku adalah 5A. Taksiran yang lepas aku dapat 2A 3B. Markah-markahnya ialah berikut:

English :86%

Science :76%

Mathematics :80%

BM(Pemahaman):65%

BM(Penulisan) :78%

Saturday, May 2, 2009

Persediaan

Hari ini, keluargaku akan ke rumah Pak Teh kecuali aku sebab aku ada kelas tuisyen di sekolahku hari ini. Pukul 8.30 pagi hingga pukul 5.15 petang, baru aku pulang ke rumah. Keluagaku yang menjemput aku sebab mereka tidak bermalam di sana. Sebelum pulang, kami singgah di Aneka untuk membeli buku latihan sebagai persediaan sebelum pepereksaan penggal pertama pada 17 Mei. Kami mencari buku-buku yang berkaitan dengan UPSR dan SPM sahaja. Pelajaran yang lain ulang-kaji sendiri la. Kami berada di sana sehingga pukul 7.15 malam. Ibu membeli buku untuk Fawwaz juga sebelum pulang. Ketika kami pulang, azan sedang berkumandang. Selepas masuk ke dalam rumah, kami sembahyang solat Maghrib.

Friday, May 1, 2009

Seorang Guru Yang Tersayang Telah.....

Innalillahiwainnailaihirajiun. Al-Fatihah untuk arwah seorang guru yang telah berjasa kepada SRIDA. Beliau juga pernah mengajarku dalam pelajaran 'Hafazan' ketika aku berumur 7 tahun. Guru tersebut telah meninggal dunia pada minggu lepas, hari Ahad malam Isnin. Guru tersebut ialah Ustaz Mahathir. Beliau telah koma untuk beberapa hari akibat kemalangan jalan raya.

Pada pagi hari Isnin, 30 orang pelajar tahun 6 lelaki telah dipilih untuk pergi ke rumah arwah diiringi oleh Ustaz Abdullah, Ustaz Azhari, Ustaz Shahidan, Ustaz Fakhrorrazi, dan Ustaz Ridzuan untuk membaca 30 juzuk Al-Quran. Tetapi, 2 atau 3 orang pelajar yang dipilih oleh Ustaz Abdullah telah tertinggal di sekolah. Salah seorang daripada mereka ialah Ammar Mirza Bin Mohammad. Dia seorang pengawas sekolah dan belajar sekelas dengan aku. Tempat duduknya di dalam kelas hanya di hadapan tempat dudukku sahaja. Kami pergi ke sana dengan menaiki bas milik Pak Ya. Rumah beliau cuma dalam lingkungan satu kilometer sahaja dari sekolah.

Perkara yang mengejutkan apabila aku datang ke rumahnya adalah beliau meninggal dunia sambil TERSENYUM! Subhanallah. Inilah kali pertama aku melihat perkara sebegini. Pasti beliau telah melakukan banyak pahala ketika beliau hidup. Selepas itu, kami membaca Al-Quran. Selepas beberapa jam kemudian, kami semua telah mengkhatamkan Al-Quran. Selepas Ustaz Shahidan membaca doa, kami pulang ke sekolah. Kami tiba di sekolah pada pukul 9.46 pagi. Semasa hendak turun dari bas, teringat pula kepada arwah Ustaz. Semoga beliau dicucuri rahmat dan tergolong dalam golongan orang yang beriman.

Fannul Atfal

Pada minggu lepas, hari Sabtu, 25 April 2009 (29 Rabiul Akhir 1430), satu program telah diadakan di sekolahku iaitu 'Fannul Atfal Peringkat Sekolah-Sekolah Rendah Islam Peringkat Negeri Kedah'. Kalau hendak diikutkan nak ceritakan tentang program ni minggu lepas, tapi disebabkan tak ada mood nak buat blog, hari ni la peluang untuk aku ceritakan. Aku tak masuk apa-apa pertandingan langsung tapi aku jadi Penjaga Masa 'Pertandingan Bercerita (Lelaki)'. Aku menjaga masa dengan Ustaz Rozaimi. Tugasnya senang je. Cuma kena tekan loceng. Dari pukul 7.30 pagi hingga pukul 6.30 petang aku dengan adik aku tinggal di sekolah. Tapi, takkan takde habuan kot, mestilah ada. Habuannya adalah RM 20 atau RM 30. Untuk Penjaga Masa saja la. Itu yang dikatakan oleh guru-guru sekolahku. Maksudnye, dapat gaji buta la kan. Seronoknya. Tapi, sampai sekarang ni tak dapat-dapat lagi gajinya. Tapi, bersabar saje la. Kami dapat free holiday pada hari Ahad.