Friday, January 2, 2009

Israel Kejam!

Hari ni aku, abang Khairul, abah, dan ibu pergi sembahyang Jumaat di Masjid Al-Muttaqin sebab selepas sembahyang Jumaat ada Himpunan Ummah. Aku berasa kesian betul kepada orang-orang di Palestin. Kena bom la, lebih-lebih lagi mereka menutup sempadan Gaza dan menghalang sebarang bekalan makanan, ubat-ubatan, bahan api, bekalan air bersih, dan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan. Kejam betul Israel ni!


Ada juga tindakan yang kita dapat lakukan. Antaranya adalah:
  • Mengadakan solat hajat dan Qunut Nazilah bagi memohon keselamatan umat Islam Palestin yang teraniaya dan dizalimi serta memenangkan saudara-saudara kita dalam pertembungan dengan kuffar Israel.
  • Menghulurkan derma dan bersama menjayakan kutipan tabung Palestin.
  • Setiap masjid mengadakan khutbah yang menjurus kepada isu pembelaan rakyat Palestin di Gaza.
  • Memboikot barangan Amerika dan Israel dan mereka yang bersekongkol dengan Israel.

Ahli keluarga orang Palestin yang berucap di bawah ini telah mati syahid. Mari bacakan surah Al-Fatihah kepada ahli keluarganya agar mereka ditempatkan bersama orang-orang yang soleh dan solehah.

Masa Himpunan Ummah aku terjumpa dengan kawan aku iaitu Al-Fatih, Irfan, Imran, Amirul dan Helmi. Aku jumpa Helmi di tingkat bawah masjid. Manakala Al-Fatih, Irfan, dan Amirul aku jumpa di tingkat atas masjid. Lepas tu aku turun.


Ibu ambil gambar aku di tepi orang Palestin tapi aku tak tau yang dia tak perasan ataupun tak kisah kepada aku.Sebelum aku nak masuk dalam kereta, aku dengan abang Khairul pergi ambil gambar dengan orang Palestin. Sekali dengan bendera. Aku rasa segan sikit. Eh, bukan sikit. Tetapi aku rasa tersangat-sangat segan.




Esok kami semua akan balik ke asrama. Abang Khairul akan ke Kelantan besok. Abah yang hantarkan. Kami pulak ibu yang hantarkan. Good bye abang Khairul. Belajar rajin-rajin termasuk diri aku sendiri.

No comments: