Sunday, January 18, 2009

Kursus Kepimpinan Dan Motivasi SRIDA 2009

Hari ni pihak sekolah mengadakan kursus untuk pengawas sekolah, pengawas pusat sumber, ketua darjah, dan penolong ketua darjah di sekolah kami. Aku dengan adik perempuan aku diwajibkan hadir kerena kami berdua ialah pengawas. Kursus tersebut dijalankan dari pukul 8.00 pagi - 1.00 tengahari. Kursus tersebut dijalankan di dalam Dewan Sekolah (SRIDA).

Orang yang menjadi penceramah ialah Cikgu Mat Salleh bin Mat Taib. Beliau pandai buat kelakar. Aku pun dimalukan di hadapan pelajar-pelajar lain sebanyak 2 kali. Beliau menyatakan 6 perkara. Iaitu:

1.Manusia-Allah(Hamba)
Manusia-Manusia(Ketua)
Manusia-Alam(Ketua)

2.Manusia mempunyai-otak, akal, hati, nafsu, dan perasaan malu.
Haiwan mempunyai-otak, hati, dan nafsu. (Tiada akal dan perasan malu)

3.Pengawas mestilah pamerkan rasa kemesraan, beri salam, senyuman, ucap terima kasih, jabat tangan, dan minta maaf.

4.Pemimpin-Transactional Leader ( X )
-Transformational Leader ( / )

5.Musuh kita:
-Iblis dan syaitan.
-Nafsu.
-Yahudi dan Kristian.

6.Kristian mengadakan projek '3F' iaitu:
-Food. (makanan)
-Fashion.
-Fun (menyeronokkan)

Pada pukul 1.00 tengahari kami pergi ke kantin sekolah untuk makan tenahari. Makanan disediakan. Bertuah betul. Free pulak tu. Boleh la aku simpan RM 1.00 yang abah berikan kepada aku pagi tadi sebelum abah hantar kami ke sekolah.

Pada pukul 1.20 tengahari kami balik dengan abah. Abah sudah tiba di sekolah pada pukul 12.55 tengahari. Tak tahu pulak yang abah dah sampai dah. 25 minit abah tunggu kami. Kesiannye. Tentu penat abah tunggu kami berdua.

No comments: